Senaman Terbaik Untuk Penyakit Asma

Tika Mifzal masih kecil, dalam lingkungan umur 3-5 tahun, agak kerap juga diserang sesak nafas. Pernah juga ibu kongsikan di blog ini, rintihan ibu bila Mifzal, kesayangan ibu terpaksa mengambil nebulizer kerana susah hendak bernafas. Kerap terjadi jikalau Mifzal menghidap selesema dan batuk. Ibu perasan yang Mifzal alah dengan cuaca sejuk. Sekarang, Alhamdulillah, Mifzal sudah jarang mengalami sesak nafas atau asma. Last kena masa Mifzal darjah 2. Mungkin betul, penyakit ini akan menghilang bila pesakit meningkat umur. Ibu ada terbaca info di facebook terdapat senaman yang boleh menghindarkan atau mengurangkan kekerapan serangan asma. Boleh ibu praktikkan jenis senaman terbaik untuk penyakit asma bagi mengelakkan Mifzal mengalaminya lagi di masa hadapan.

Senaman Terbaik Untuk Penyakit Asma
Nebulizer 🙁

Walaupun sekarang ini, sudah jarang Mifzal kena sesak nafas, tapi ibu masih belum boleh menarik nafas lega. Setiap kali Mifzal selesema dan batuk, hati ibu masih sangat risau. Jadi, untuk manfaat bersama, ingin ibu kongsikan info yang ibu perolehi di facebook ini. Senaman terbaik untuk penyakit asma. Ada 4 jenis senaman yang elok diamalkan. Ini boleh menghidari penyakit ini daripada kerap menyerang. Lihat Mifzal dulu menarik nafasnya sahaja, ibu sudah rasa seksa apatah jikalau sendiri mengalaminya. Ibu juga ada sejarah penyakit  ini semasa kecil. Mujur tidak kronik.

Mungkin boleh diamalkan senaman ini sebelum terpaksa bergantung pada nebulizer atau inhaler. Untuk Mifzal, memang kena bersenam pun, badan bagai dipam-pam sekarang ini. Mungkin ikut genetik ibunya 😀

BACA INI : Simpton Asma Di Kalangan Kanak-Kanak

4 Jenis Senaman Terbaik Untuk Penyakit Asma

1. Renang

Tahukah anda, berenang boleh disifatkan sebagai latihan pernafasan terbaik. Ini kerana, sewaktu berenang seluruh anggota badan akan bergerak bagi menyempurnakan senaman ini. Jika anda sering berenang, kebarangkalian untuk menghidap asma adalah amat rendah.

2. Larian

Berlari atau ’jogging’ sememangnya terbukti berkesan untuk mereka yang mengalami asma. Tetapi anda dinasihatkan untuk berlari pada waktu panas atau di atas ’treadmill’. Untuk menjadikan aktiviti ini sebagai hobi, anda juga boleh menyertai program larian yang sering dianjurkan seperti marathon, walkathon, dan sebagainya.

3. Golf

Pasti ramai di luar sana yang tidak tahu bahawa sukan golf sebenarnya baik untuk penghidap asma. Sukan golf memerlukan anda untuk berjalan jarak jauh dan secara tidak langsung senaman ini baik untuk melatih pernafasan.

4. Bola Tampar

Bagi mereka yang mengalami asma tetapi ingin aktif bersukan, bola tampar adalah jawapannya! Selain dapat membantu mengawal pernafasan, sukan ini juga baik untuk menurunkan berat badan.

Sumber : Infografik.sihat

 1,485 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

4 Comments

  1. Sukan golf tu memang mengejutkan lah
    .
    Sebab nampak je kena pukul bola tu
    .
    Tapi rasanya cuma terpakai untuk jenis main golf jalan kaki & bukan pukul bola di driving range kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*