Seminggu Lagi Nak Mula Kelas

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ya..seminggu lagi nak start kelas..kembali ke rutin seperti tahun lepas..as isteri, ibu, pekerja dan pelajar part time..opps lupa..blogger part time gak..hampir 2 bulan bercuti (belajar je) rasa mcm x puas..mcm x rela hati je nak start kelas balik ni..w/pun kelas hanya di hujung minggu n sebulan sekali je..tp tetap menuntut banyak pengorbanan..1st class nnt bakal menerima mungkin 10 assignment yg kena disiapkan dlm satu semester…sigh!!

20120118_135907

gambar : surat dari UUM suruh daftar n bayar yuran..

alahai..rs mcm belum ready lg ni..okay..yuran pun blm bayar lg ni..huhu hope smpat byr dlm minggu ni..dah la kena ke Tg Malim baru ada Bank Islam…jauh benor nak pegi..huhu..

serius..semester ini nampaknya semangat belajar ibu ke laut..mungkin masih belum hilang kekecewaan mendapatkan tajaan JPA tempoh hari..huhu sedih kerana menjadi mangsa keadaan..huhu..agghh..malas nak fikir tentang itu…

okay..mood nak menulis dah hilang..k bai..

ps : x de mood bila teringat tentang itu..huhu

 2,033 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

12 Comments

  1. Alhamdulillah ,conferm saya dapat sambung Degree Business study kat UUM kl, pendaftaran khamis lepas, class patutnya hari ni dan esok di sintok, tapi saya xdpt masuk intake jan. ni sbb surat sampai lambat.dengan nak apply cuti lagi..so saya pospone intake April. thanks for the infor for the registration fees…..

      • Salam,

        Saya baru saja daftar kat UUM sintok 4,5,6/4/2013 yang lepas.
        Mula2 apply Pengurusan perniagaan tp dapat kos Pengurusan Awam. Ibu Mifzal amik kos apa ye?

        Kalau kos yang sama bolehlah share2 infor untuk pelajar yang baru masuk ni.

  2. saya amik kat UUM kl….pembayaran yuran cam mana ye?brapa kena bayar untuk 1 semester? boleh ke ibu2 cam kita ni sambung belajar? semua tu menjadi tanda tanya lagi buat saya. tu sbb saya nak rajin dok baca pengalaman yang sama status cam saya. harap pengalaman Ibu Mifzal dapat berkongsi pengalaman ..tq

    • UUM KL ada dua tempat..1 kat Institut Baitulmal (IPB, Kg Pandan), 1 lg kat Kg Baru. Sy kat IPB.

      Mengenai yuran tu, boleh bayar selewatnya 5 hari sebelum pendaftaran. ada 2 cara melalui kaunter Bank Islam atau guna kad Kredit (secara online) boleh rujuk website Pace. Jumlah yuran mengikut berapa jumlah jam kredit yang kita ambil utk semester tersebut. Untuk 1 jam kredit kena bayar sebanyak RM150.00. Macam saya dulu, semester 1, saya ambil 13 jam kredit. yuran lain yang kena bayar ialah yuran MPP (majlis perwakilan pelajar – RM10/semester) & yuran perpustakaan (RM18/semseter). manakala yuran pendaftaran RM300 & yuran pemprosesan RM100 di bayar sekali sahaja sepanjang pengajian.. kira total ms sy kena bayar tu untuk sem 1 dalam RM2378. semester berikutnya dalam RM1978.

      insya Allah, ibu2 pun boleh sambung belajar. tak ada halangan, yang penting kita nak atau tidak sahaja. kelas sebulan sekali je (kena tgk jadual..mungkin ada kelas malam)..dan kena pandai bahagikan masa juga..serta sangat2 perlukan sokongan dari suami. mcm sy bila ada kelas, mmg suami yg kena jaga anak..kalau x susah juga nak tinggal. satu lagi..setiap tugasan/assignment yg diberi kena buat dan hantar on time. jgn sesekali x hantar sbb markah tugasan dan mid term (carry marks) 60%, final cuma 40% sahaja. assignment sgt penting.

  3. Salam,
    Ibu, saya nak tanya cam mana kelas study kat UUM Pace ni? kelas hari apa? saya nak amik kos Bussines..Insyaalah masuk Jan 2012 nanti.

    • wassalm..

      amik kt pusat mana? KL ke? kalau KL untuk sem jan 2013/24 ni kelas start 26 -27/1 ni. kelas sebulan sekali sahaja. hari sabtu dan ahad. kalau pusat kt UUM sinto n kota bharu kelas start 11 – 12/1 ni..hari jumaat – sabtu. juga sebulan sekali. pertemuan ke 3 (bulan mac) nnt ada mid term..n final exam pula seminggu di bulan 5.

      harap membantu

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*