Semalam Di Ipoh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Semalam kami sekeluarga ke Ipoh, atas urusan temankan Abah Mifzal ambil module PJJ di Open University Malaysia, Ipoh. Dah alang-alang ada  dekat Ipoh, kami pun meronggeng la ke pasaraya Giant. Ibu ajak Abah Mifzal makan di Pizza Hut dalam Pasaraya Giant. Boleh juga nanti sambil – sambil beli barang Mifzal.

makan di pizza hut ipoh
Adik nak menu ini.

Jadi, layankan saja gambar-gambar yang ada 😀

baby dan pizza hut
Lambatnya pizza masak. Adik dah lapar.
pizza tuna hawaian di pizza hut
Kami order Hawaian Tuna Pizza.
speghetti meat bolognaise
Slurrp, yang ini ibu punya.

Shopping Di Pasaraya Giant

Dah kenyang perut, kami shopping – shopping dalam Giant pula. Ala, bukan banyak mana pun barang yang dibeli. Lebih kepada window shopping saja. Tapi, sempat juga lah ibu rembat baju Mifzal. Beli yang murah – murah sahaja. Cap Giant lah katakan. Hehe.

baju bayi jenama giant
Baju-baju untuk Mifzal.
mainan abc
Letter dan Number untuk Mifzal

Baru semalaman, tetapi Mifzal dah hilangkan nombor 8. Ibu cari-cari tak jumpa. Entah dimana lah dilemparnya nombor 8 itu. Hehe.

mainan letter and number
Nombor 8 dah hilang.

 959 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

7 Comments

  1. makin molat si mifzal aku tengok! ;p

    kih kih..mana lak dia campak nombor 8 tu? budak nie..meh auntie geget idung tu! geram tul aku tengok!

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*