Kisah Mifzal


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Ibu nak bercerita mengenai kisah petang semalam. Dalam jam 6.30 petang, ibu ada ajak Abah Mifzal ke kedai 2 ringgit kat Pekan Bidor sebab ibu ada bercadang hendak membeli peralatan dapur. Semasa ibu sedang bersiap, Abah Mifzal tunggu ibu sambil dukung Mifzal di laman rumah. Kemudian, ibu ke dapur untuk membancuh buat susu Mfzal sebagai bekal dalam kereta nanti.

terperangkap di dalam kereta

Seronok pegang stereng kereta.

Tiba-tiba, Abah masuk beritahu Mifzal terkunci di dalam kereta. Ibu terkejut dan gabra. Terus panik. Ibu tanya macam mana boleh terkunci. Abah Mifzal cakap Mifzal tertekan lock pintu sebelah driver. Ya Allah, dahlah kunci spare tak ada. Tertinggal di rumah mertua. Kunci yang ada ada tertinggal dalam kereta kerana sebelum itu Abah Mifzal panaskan enjin kereta. Selepas itu.Abah Mifzal tinggalkan Mifzal di dalam kereta kerana nak ambil handphone di dalam rumah. Mifzal yang tidak tahu situasi panik masa itu pula sedang berseronok di dalam kerena sebab dapat pegang stereng kereta sambil berdiri. Aduhai, entah macam mana dia boleh tekan lock  pintu kereta itu. Huhu. Oleh kerana panik, ibu suruh Abah Mifzal menelefon ayah mertua untuk hantarkan kunci pendua kereta.

Kami nak umpil pintu kereta itu tapi pandai tambahan pula tak ada peralatan. Nak minta tolong jiran pula tak ada yang keluar rumah ketika itu. Yang si Mifzal pula, bukan tahu takut. Kemain seronok dia duduk di dalam kereta sambil main stereng dan tekan-tekan horn. Wiper pun dia pasang. Semua benda dia nak usik.

Dengan Sekali Tolak

Ketika tengah menunggu ayah mertua datang hanta kunci (nasib baik rumah kami tak jauh), ada jiran berbangsa Cina yang tinggal di rumah hadapan baru balik dari kerja. Terus Abah Mifzal minta tolong untuk tengokkan jikalau boleh tolong bukakan pintu kereta. Dengan sekali tolak pintu kereta wira sedan itu terbuka. Alahai rupanya pintu kereta tak tertutup rapat pun. Jadi, kira tak fully lock lah. Dan, bila ditutup rapat, lock pintu kereta akan terbuka semula. Huhu, disebabkan panik, ibu masa itu memang tidak terpikir langsung yang kita tidak tertutup rapat. Otak jadi blank. Abah Mifzal pun sama tak  terpikir juga. Tahu tarik-tarik saja. Huhu. Mujurlah tiada apa-apa. Puas juga lah ibu membebel dekat Abah Mifzal, lain kali jangan tinggalkan Mifzal dalam kereta seorang. Oleh kerana waktu maghrib dah nak masuk,  kami tangguhkan rancangan nak ke Pekan Bidor. Pergi selepas Maghrib sahajalah.

kisah mifzal boleh berdiri

Boleh berdiri tanpa berpaut.

Sambil tunggu Abah Mifzal solat, ibu layankan Mifzal sambil tengok TV. Mifzal sudah boleh berdiri tanpa berpaut namun masih belum berani utk cuba bertatih. 😀

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


7 Responses

  1. kakngah berkata:

    aku pun pernah kene.

    no. 2 tido. no. 3 [4 bln] pun tido dlm car seat. che abg tgh tuang mnyk. aku ngn no. 1 kuar g beli air. elok je kitorg kuar, kete otolock. jenuh gegar2 kete nk kejutkan no. 2 tp dia tak bgn2 gak. no. 3 dah berpeluh2. org dh kerumun. kalau tak boleh che abg mmg nk pecahkan cermin jek.. sekali tu try la umpil tingkap blkg. terbukak. terus hulur no. 1 masuk ikt tgkp. sebbaik tak apa2.

    menjak tu, buat 1 spare key selit dlm dompet. cuak beb!

  2. ai berkata:

    mak aiii..suspeb giler!!! kalau aku mau meroyan!! ;p

    • Ibu Mifzal berkata:

      huhu..aku pun semalam dah nak nangis dah…nsb baik le sabar lg..bab mengenangkan umah FIL x jauh dr umah aku..sementara nak tunggu dia anta kuci spare..tp tobat la..mmg gelabah giler gak..

  3. elly berkata:

    sush nak tengok mifzal senyum nmpk gg hehehe
    cian die terkunci… sib baik x lama…

  4. Tinie berkata:

    ish..ish..len kali jangan tinggal mifzal dlm keta tau..bahaya u..hihihi beshh sungguh mifzal dh pandai berdiri..xlama lagi dh pandai berlari..senang la ko ainey..xpenat nk dukung lagi..hehehe

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge