Seharian Menguruskan Kursus!!


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

hoho…semalam x dapat nak update blog….sebab seharian ibu kena uruskan satu kursus….(bukan kurus ya..hehe)

kursus ni adalah kursus bagi sesi kedua…kursus sesi pertama dah dibuat pada awal bulan ni..n after kursus ada lawatan ke Melaka..untuk sesi yang kedua ni ibu x join yg lawatan ke Melaka tu…saja je x mau ikut..sayang nak tinggal mifzal semalaman..hehe (tp sebenarnya…malas yg lebih)..lg pun dah ada bos ibu yg pegi…

tp kursus td banyak mengundangkan rasa panas di hati….x seperti kursus sesi pertama..yang lebih berjalan lancar…oppps…lupa plak..sure korang tertanya2 kan kursus apa la yg ibu duk bebelkan ni…hehe…kursus ni ibu as organiser a.k.a urusetia (yang x baper setia la). Kursus ni diadakan special untuk peserta-peserta tanaman pisang FELDA (kursus pengendalian lepas tuai pisang)

perjalanan kursus bagi ibu x begitu lancar…pagi2 lg..kursus ni start kul 8.30 pg…tp sampai kul 9.00 pg pun peserta x semua lg muncul..ada beberapa kerat je…penceramah plak yg menunggu peserta…huhu…ya la peserta pun bukan2 muda lg…makcik dan pakcik2…banyak la hal diorang kan..

tp kan..hal tu ibu x kisah lg tau…yg ibu pelik n agak terkejut sbb ramai plak staff daripada negeri lain datang a.k.a kedatangan tanpa dijemput pun…dalam kurungan staff HQ pandai2 je ajak tanpa kita as organiser ni yg ajak….x malukan derang ni..hehe tutup kurungan….

ok la..leh consider lg..sbb majlis ilmu elok reramai turun…tp yg buat ibu geramnya…demanding tau…derang plak yg menyibuk..mcm derang plak yg penganjurnya..dah la masa tu ibu je yg tgh handle situ…bos ibu lmbt sket dtgnya sbb ada hal lain…staff yg x dijemput tu plak..banyak betul komplennya..itu x da la..ini x dak la..hish…bos ibu pun x bising…geramnya…sibuk je derang ni…walhal program kami tu siap dpt pujian lg dari org kementerian yg dtg pantau..

yg paling ibu geram kan…masa time minum pagi..dah sebelum tu..ceramah x abih pun lagi..derang plak yg lebih2 duk tanya minum pagi x order ke derang dah lapar, td x sempat sarapan..? weh…kami ni bukan nya sekali dua je buat program cam ni…kami tau la apa yg patut kami buat..x tgh aturcara ke? walhal kertas tentatif program tu ada je depan mata dia..terang tulis kul 10.30 pg..tunggu je la..sapa suh korang x makan dulu..dah la kouta makan utk korang x dak tau..dah datang x dijemput…geram je ibu..penyibuk je…(tu semua ibu luahkan dlm hati je..huhu..mls la nak bising2 kan)…

benda yg kedua buat ibu geram…bila makanan sarapan dah sampai…so katerer siap susun atur la makan tu as buffet kan…ada la katerer tu letak pinggan kat tempat air…pas tu boleh staff yg x dijemput tu suruh ibu cam ibu ni caterer plak…

“wan susun semula makanan ni..nanti bersilang2 plak derang ngamik makanan..”

hish…amboi2…dah la time tu ibu ada buat keje ibu…dah nak lagak cam urusetia…susun ah sendiri…masa tu ibu jeling je staff tuh…tp still marah tu x luahkan lg…nsb baik ada budak praktikal yg ibu bawak tolong…bukan apa..yg ibu geramnya..lebih2 plak deme…nak jd urusetia..pi la buat program cam ni kat opis korang……

benda ketiga yg ibu geram nga org2 yg x dijemput tuh..ttg penginapan peserta..derang pun nak menempel gak kalau ada kosong..yg ni mmg ibu ckp terang2…korang dtg x bagitau…so penginapan sendiri (means bayar sendiri) sbb kami booking bilik untuk peserta yg ada dlm senarai sahaja…lg pun derang tuh staff..kalau bayar penginapan sendiri pun still leh claim nga jabatan la..tp ibu x sure la sbb derang x dak surat hitam putih jemputan tuh..so mungkin claim x diluluskan kot…haha padan muka..sapa suh menyibuk…

ok..satu kesah la…satu lg…berkaitan peserta plak…karenahnya..ada la 5 peserta yg dijemput ni daripada jabatan lain..semuanya pegawai la (plus kakitangan)..n yg paling tinggi gred 41 je…tp lagaknya cam pengarah plak..lawatan ke melaka, peserta kena naik bas tau..sbb kita dah sediakan bas…tp si pompuan gred 41 ni…dengan lagaknya x mau naik bas…nak naik pajero or kereta (ibu x check plak)…ek..eleh..lantak kau la..pada ibu..pas tu leh plak staff derang ckp suh bagi “puan – 41 derang tuh duk bilik sorang..jgn campur nga peserta lain” eh..kerek betul minah tu kan…dah kita jemput dia as peserta..x kisah la ko gred tinggi even pengarah sekali pun…tp ko still peserta kursus..pada ibu sama level je nga peserta lain..w/pun peserta lain tuh petani…ah..ibu mmg hangin la bila ada org berlagak cam…patutnya derang dtg nga niat utk berlajar..bukan nak kisah pada pangkat kan..kan..kan..

mmg dia x akan dpt la duk sensorang…sbb dia tu kena share gak bilik nga peserta lain..2 org satu bilik..itu pun pada ibu dah cukup selesa..kan..bukannya suh kongsi 4-5 org satu bilik..hapa daaa..nak lagak pun bertempat la…

adeh…penuh nga perasan x puas hati kan ibu ni untuk sesi kursus kedua ni…masa kursus yg sesi pertama kan..smooth je program..x yg buat ibu sakit hati or pening pala..berjalan nga sangat lancar…paserta pun happy…yang kali ni ibu x join derang pi lawatan ke melaka…just handle yg kursus je..so x tau la cemana kat sana…nasib baik..ada org yag leh diharapkan untuk incharge kat sana nnt…wisau gak..takut ada masalah penginapan..ke..sbb ada yg x mau berkongsi bilik ni..nga ada org yg x dijemput pun menyibuk gak..huhu

bukan apa..kalau program x smooth..yg buruk nama..kami jgk nnt…tension oooo…x pe la..bos ibu pun ada kat melaka sama nga derang..hope situasi leh dihandle nga baik..hehe…

ok la..dh lega sket ni sesi luahan rasa dah abih…susah la melayan karenah org ni..mcm2 kan..

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge