Rozita Che Wan Dan Ally Iskandar Hos Anugerah Skrin (ASK) 2011

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Anugerah Skrin (ASK) 2011 akan berlangsung pada 4 November 2011 di PWTC (Putra World Trade Centre. Hos ASK 2011 dah pun diumumkan.

Terima tawaran sebab sudah lama kawan Ally Iskandar

MAMPUKAH aktres sensasi, jelita dan popular, Rozita Che Wan, memikul tanggungjawab sebagai hos Anugerah Skrin (ASK) 2011 yang bakal berlangsung 4 November depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Kemampuannya sebagai pengacara belum terbukti, namun ibu kepada dua anak bujang itu cukup berani apabila menyahut cabaran besar yang disandarkan ke bahunya. Tatkala namanya diumumkan sebagai gandingan Ally Iskandar mengacarakan majlis terbabit, khabarnya ramai yang agak terperanjat. Tidak kurang yang berpendapat, Rozita belum layak untuk mengendalikan sebuah acara besar yang bakal disiarkan secara langsung. Apatah lagi pada malam berkenaan, seseorang pengacara tidak boleh terlalu bergantung kepada skrip. Supaya tidak kelihatan janggal, hosnya perlu mempunyai keupayaan untuk turut menambah bicara secara spontan. Mampukah Rozita berbuat demikian?

baca berita selanjutnya KLIK SINI

hoho..ibu mmg jarang tgk si Rozita Che Wan ni jd hos..so mmg x leh komen la kemampuannya setakat mana kan..kita tgk la masa Anugerah Skrin nanti.

ps : bila tgk gambar ally n rozita ni cam x sesuai plak..ihik..

 1,725 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*