Alhamdulillah, ada rezeki hari ini (Google Adsense). Patutlah dua-tiga hari kebelakangan, tapak tangan kanan asyik gatal je :p
Baru kali ke-5 dapat cashout earning Google Adsense ini. Jenuh juga mengumpul. Jumlah minimum cashout adalah sebanyak USD100.
Senyum Menerima Rezeki Hari Ini (Google Adsense)
Trafik blog ibu yang tak berapa stabil ini tidak memungkinkan ibu untuk mendapat pendapatan daripada Google Adsense secara berkala. Tetapi tak kisah lah kan. Walaupun jumlah nya tidak banyak, namun ada pendapatan pasif seperti ini, buat ibu tetap tersenyum.
Ibu menggunakan Western Union untuk menerima bayaran daripada Google Inc. Ia sangat mudah dan pantas. Tiada caj tersembunyi. Kebiasaanya, ibu akan ke Bank Rakyat yang berdekatan dengan pejabat ibu. Tidak menunggu lama, Ka-ching!! tunai sudah ada di tangan. Ia amat berbeza jika menggunakan cara bayaran cheque yang memerlukan lebih masa untuk menunaikannya.
BACA INI :Â Cashout Google Adsense Di Bank Rakyat
Cara-cara menerima bayaran Google Adsense melalui Western Union.
1. Sila cetak Earning Statement selepas mendapat status “Payment Issued“. Bayaran dapat ditunaikan sehari selepat tarikh payment issued.Â
2. Ke bank / agen Western Union yang terdekat dan mengisi borang penerima wang (header kuning) seperti di atas. Perlu membuat salinan kad pengenalan untuk dikepilkan bersama borang penerimaan wang.
3. Perlu mengisi maklumat diri penerima dan maklumat pengirim (Hendaklah sama dengan maklumat di Earning Statement.
4. Penting! Perlu mengisi No. MTCN (Money Transfer Control Number) atau Payment Number dengan betul.
5. Tunggu, beberapa minit, tunai akan ada di tangan dan bolehlah tersenyum lebar 😀
1,550 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Tahniah…sya tak pernah lagi apply google adsense ni…
huh merasa jugak dia dgn google adsence nie …:)k
ita mmg tak merasa la jwb nyer hehehe
Bestnya… tahniah.. adsense kat blog mana tu? 🙂
wah rezeki hujung bulan tu
Tahniah ibu mifzal…… sikit 2 lama2 jadi bukit..
tahniah ainey!!! rezeki di akhir bulan, bleh blanje boboi nanti 😉
alhamdulillah..rezeki hujung bulan…leh wat belanja pi kelas 🙂
tahniah sis 🙂
saya punya adsense untuk bulan ni masih menunggu gara-gara low traffic sbb tukar blog..huhuh sedihnyer