Kecil Hati


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kecil hati betul dengan salah seorang pengasuh Mifzal Arsyad di nursery. Ya…ibu tahu, anak ibu sangat-sangat aktif dan banyak ragam. Tapi tak perlu lah sampai kutuk anak ibu. 🙁

image

Kisahnya begini. Selepas sesi tadika di waktu pagi. Kebiasaan akan hantar Mifzal Arsyad ke nursery. Satu hari itu, Mifzal Arsyad request kat ibu nak beli kereta warna merah. Waktu tengahari kereta banyak dan jammed. Nak parking pun susah. Jadi, ibu pujuk dan janji akan beli pada waktu petang masa ambil Mifzal Arsyad nanti. Biasalah, anak tunggal dan manja pula. Kalau dia dah nak, dia tetap nak.

Ibu hantar Mifzal Arsyad yang masih tak habis merajuk dan meragam ke nursery. Mula-mula Mifzal Arsyad tak mahu keluar dari kereta. Pengasuhnya sudah menunggu.

Pengasuh : “Anak saya pun seorang juga tapi tak ada la teruk macam ini.”
Ibu : (senyum kelat).

Sesi merajuk Mifzal Arsyad tak lama, tak susah sebenarnya mahu memujuk hero kecil ibu ini. Kena pujuk dengan lembut. Kalau marah lagi dia merajuk.

Ibu tak tahu lah se”BAIK” mana anak si pengasuh itu.

Kesian anak ibu. Walau apa pun, Ibu tetap sayang Mifzal Arsyad selamanya.

Posted from My Samsung Galaxy Note

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


4 Responses

  1. Sara berkata:

    sabar yer ibu 🙂
    Jom baca entri di blog Sara : Hukum Terlupa Baca Doa Qunut Dalam Solat SubuhMy Profile

  2. Hairul Hissam berkata:

    Dah kerja pengasuh.. kenalah layan kerenah kanak2…
    kalau asyik merungut.. tak payahlah jadi pengasuh kan ibu mifzal…
    Jom baca entri di blog Hairul Hissam : Ada yg Dengki kat Hairul ke? Testimonial Pembeli yg Jana RM6K Sebulan bagitawMy Profile

  3. syaifuddin alias berkata:

    alamak kesiannya..
    Jom baca entri di blog syaifuddin alias : RM10/Bulan Pengomen Tegar Blog Syaifuddin AliasMy Profile

  4. ajumohit berkata:

    alahai siannya boboi, kene ada adik ni ainey, baru ilang manjanya 😉
    Jom baca entri di blog ajumohit : Majlis Sepetang Bersama Blogger [SBB2013]My Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge