Resipi Mi Kari

Ini menu semalam sebenarnya. Rasa mengidam pula ibu nak makan mi kari. Saja nak try buat. Selalunya ibu makan mi kari kat gerai sahaja. Sebab rasa leceh nak masak. Kita kan tak pandai masak sangat 😀 Jadi kali ini nak rasa air tangan sendiri pula. Sedap ke tak sedap belakang kira. Belasah sahaja lah. Haha. Seperti biasa resipi mi kari ini ibu google sahaja. Kemudian ibu olehlah ikut citarasa ibu sendiri.

Mi kari versi Ibu Mifzal yang simple dan mudah.

Resipi Mi Kari

Bahan-bahan :

300 gram Udang
200 gram Kerang (direbus)
1 paket Fish Cake (dipotong dadu)
1 paket Fish Ball (dibelah 4)
75 gram Serbuk Kari
1 paket Mi Kuning (dicelur)
3 biji Bawang Putih (dimayang)
3 Biji Bawang Merah (dimayang)
1 inci Halia (dihiris nipis)
100 gm Taugeh
2 keping Tauhu (digoreng dan potong dadu)
3 biji Telur (direbus)
100 gram Santan
500 ml Air
sedikit Air Asam Jawa
Garam dan Gula secukup rasa
Cili Merah untuk hiasan.

Cara Membuatnya :

1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari yang sudah dicampur dengan sedikit air. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan udang dan kerang. Kemudian masukkan air dan santan.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Selepas masukkan fish cake dan fish ball. Kacau sehingga masak.
6. Hidangkan bersama mi kuning, taugeh, tauhu goreng dan cili merah.

 882 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

7 Comments

  1. mkn mee kari ngn tahu goreng yg bulat2 tu..
    perghhhh!! lg terangkat.
    tapi, kene hati2 sebab ada kuah panas terperangkap kat dlm tahu tu.. hihihi!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*