Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!


Resipi Jeruk Epal Asam Boi

Kecur Liur dengan jeruk. Viral dekat media sosial pasal jeruk mangga asam boi. Terliur ibu tau. Nak cuba buat mangga asam boi tapi mangga muda tak ada. Dek kerana nak juga makan jeruk ni, ibu gantikan kan dengan apple hijau. Ada rasa masam-masam. Sedap juga. Boleh kalah jeruk mangga dengan jeruk epal asam boi kan. Hehe

resipi jeruk epal asam boi

okay, ini ibu kongsikan resipi nya (lebih kurang sama dengan jeruk mangga asam boi cuma ganti dengan apple hijau sahaja). Kebetulan hanya ada buah apple sahaja dalam fridge. Belum top up buah lagi. Selalunya, Abah Mifzal yang suka makan buah. Ibu kurang sedikit. Apa pun, memang sedap rupanya bila apple dibuat jeruk. Slurpp!

Resipi Jeruk Epal Asam Boi

Bahan-bahan :-

Epal Hijau (Dihiris memanjang atau dadu)
Asam Boi (Yg putih lebih sedap dari yang merah)
Gula (Lebihkan untuk lebih manis dan sedap)
Cili Padi

Cara Membuat :-

BACA INI : Resipi Cucur Kentang @ Potato Fritters

Semua bahan-bahan di atas digaul bersama dan simpan peti sejuk 1 jam dan kemudian boleh dimakan.
 
resipi jeruk epal hijau asam boi

Sebenarnya, lagi lama diletakkan di dalam peti ais, lagi sedap dimakan. Ibu tak buah banyak, jadi memang berebutlah kami makan. Mujur Mifzal tidak gemar dengan jeruk. Mungkin sebab kecil lagi. Kalau tidak pasti tak cukup sebekas ini untuk kami bertiga. 😀

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

You may also like...


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge