Hujung minggu baru-baru ini, ibu dan keluarga ke Bidor untuk melihat progres terkini rumah idaman kami. Dah hampir 90 % siap. Teruja, walaupun progress agak lambat. Konon siap sebelum raya tahun ini tinggal mimpi je lah.

Aduhai hati, tidak sabarnya. Sedikit lega kerana progress nya tidak selambat dulu. 10 % lagi kerja-kerja pembina sebelum kunci dapat diserahkan. Ops..sebelum itu tempoh untuk dapatkan CCC (CF) pula tidak ibu tahu berapa lama nanti masa akan diambil. Ibu agak, mungkin tahun hadapan baru betul-betul dapat pindah sini kot, hopefully.
Design Rumah Idaman
Okay..Simple kan design rumah. Macam rumah kotak je..hehe..jom tengok lagi gambar-gambar progress rumah kami. Gambar luar je, gambar dalam tidak ada, tak dapat masuk. :p

Ini pula gambar ruang kanan dan kiri halaman rumah. Suka..suka, boleh buat mini garden nanti. Wajib ada kolam ikan..hehe 😀


ps : Sengih!! Buat penawar monday blues ibu.
Apakah sebelah-sebelah itu juga rumah baru?
ya..rumah baru juga
Smlm 2-3-14 kitorg dh booked slh 1 unit yg ada kat Bidor Damandara ni… katanya insya allah plg lewat bln 6-7 ni bole masok and dapt kunci. skrg tgh process dptkan CF. rasa2 bole ker nk masok bln 6 ni. sebab kena pindah keje bln 5. sblom tu kena berulang la dr seri iskandar. projek ni start dr 2010 ker? bila completion date yg diorg janji dl?
wah besarnya rumah mesti mahal ni…
Saja blogwalking. Tersinggah sini pula. Luasnye laman rumah. Seronok nanti ni dah masuk rumah baru ye. Mesti dah bnyk idea2 apa nak deco nanti kan…
cantiknya rumah idaman ainey!! takpe sikit lagi dah boleh stay kat umah baru, tak sabar pulak aju nk tgknya 😉
Ok jugak ni. kalau renovate mesti lagi besar ni.