Tak sabarnya menunggu. Pemaju beritahu, tempoh siap rumah idaman kami ini adalah sebelum raya Aidilfitri nanti. Lagi 2 bulan. Sempat ke siap ni? Harap-harap sempat lah siap. Boleh lah beraya di rumah baru 😀 dan ini gambar progress terkini rumah kami. Pada ibu, banyak lagi yang tak siap ni. Macam tak confident pun ya dapat siap sebelum raya.
Hari isnin lepas, pemaju maklumkan yang pagar dawai hijau sekeliling rumah akan digantikan dengan pagar bata bersimen. Design standard. Tak ada corak-corak. Katanya kitaorang dah jimat dalam RM8000 jika buat pagar sendiri. Eh! memang harga gitu ke kalau nak buat pagar? Errk!! mahal juga ya. Pengantian pagar ini juga bersyarat. Jika bersetuju dengan cadangan bina pagar ini, tiles di porch tidak akan dipasang. Katanya lebih jimat kerana tiles kalau pasang sendiri kos dalam RM2000 sahaja.
Kami bersetuju sahaja kerana memang ada niat ingin upah bina pagar bata bila rumah dah siap nanti. Kiranya, sudah selesai 1 keperluan masuk rumah. Boleh kami tumpukan bajet kepada keperluan lain seperti memasang grill, peralatan dalam rumah, kitchen cabinet dan sebagainya. Bajet pun terhad, jadi banyak benda kena fikir sebelum nak masuk rumah baru nanti kan.
Ini gambar rumah contoh. Simple dan kecil je kan design. Tapi yang penting tak berkongsi dinding rumah dengan jiran. Kongsi pagar je tak apa lah. Sebab itu, walau progress pembinaan rumah ini lambat, kami sabarkan sahaja. Rumah ini punya pasal. Hehe..Oh cepat lah siap wahai rumah. Dah lama menunggu ni 😀
Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298
rumah puan sebelah rumah contoh ke?
hehe…puan rumah lot yg mana? sblh rumah contoh tu ke?
salam..ni progress masa bln 5 baru ni ke? rumah sy d penang dh lama siap since last year tp smpi skrg blum dpt kunci lg..tya pemaju hjg thun settle..mmg x sabar kan nk move rumah baru tmbh2 umah 1st.moga Allah permudahkan urusan kita nti..
Emm seronok ada rumah idaman sendiri..saya jer belum ada rezeki..baca artikel ni dah rasa seronok untuk memilik ruamh sendiri..ya Allah bila lah turn saya pulak..hehe
cantik..saya pun minat rumah mcm ni..sebijik2..berapa tahun menunggu ni tuan?
wahh..ada rumah baruuuu..
wah…moga makin meriah dan bahagia…ameen
mmg teruja nak masuk rumah sendiri ni lain macam kan ibu mifzal?
moga sempat siap sebelum raya…ameen
p/s-mmg mahal nak buat pagar..kalau kat tmpat saye ni, pagar rumah saja yg biasa2 dah makan seribu lebih jugaklah