Hujung minggu baru-baru ini, ibu dan keluarga ke Bidor untuk melihat progres terkini rumah idaman kami. Dah hampir 90 % siap. Teruja, walaupun progress agak lambat. Konon siap sebelum raya tahun ini tinggal mimpi je lah.
Aduhai hati, tidak sabarnya. Sedikit lega kerana progress nya tidak selambat dulu. 10 % lagi kerja-kerja pembina sebelum kunci dapat diserahkan. Ops..sebelum itu tempoh untuk dapatkan CCC (CF) pula tidak ibu tahu berapa lama nanti masa akan diambil. Ibu agak, mungkin tahun hadapan baru betul-betul dapat pindah sini kot, hopefully.
Design Rumah Idaman
Okay..Simple kan design rumah. Macam rumah kotak je..hehe..jom tengok lagi gambar-gambar progress rumah kami. Gambar luar je, gambar dalam tidak ada, tak dapat masuk. :p
Ini pula gambar ruang kanan dan kiri halaman rumah. Suka..suka, boleh buat mini garden nanti. Wajib ada kolam ikan..hehe 😀
ps : Sengih!! Buat penawar monday blues ibu.