Pak Arab Ke Ini?

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera. Al-kisah semalam, ibu, Mifzal & Abah Mifzal ke rumah nenek Mifzal untuk menyambut dan meraikan nenek dan datuk Mifzal yang selamat kembali ke Malaysia selepas 2 minggu menunaikan umrah di Mekah. Alhamdulillah, ibadah umrah mak dan ayah mertua ibu dipermudahkan.

budak berpakaian arab
Dah gaya pak arab dah. Hehe.

Mifzal dapat ole-ole dan hadiah daripada nenek dan datuknya. Sehelai jubah dan juga serban. Masa nak cuba pakaikan jubah itu, payah juga nak kawal Mifzal. Sebab dia tak mahu pakai tapi. Hehe. Yang ibu pula nak ambil gambar buat kenangan. Nak ambil gambar Mifzal berjubah lagi susah. Kena pegang kedua belah tangannya baru dapat. Hehe. Dah gaya pak arab kan?

Pak Arab Comel

budak berserban arab
Serban saiz besar pula. Hehe.

 2 total views,  2 views today

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1497 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*