Cerita Semalam


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera. Hehe, baru ada masa ibu untuk update blog ibu yang hampir nak bersawang dan terabai dek kesibukkan ibu. Pagi tadi pun ibu sibuk juga. So, ambil kesempatan pada time rehat ini. Nanti habis rehat kena sambung buat kerja semula. Kerja ini bila lah nak habis kan. Hari sabtu ini pun ibu kena kerja juga. Banyak sangat kerja sampai, tuntutan perjalanan (claim TNT) bulan lepas pun tak buat lagi. Huhu. Okay! dah fasal kerja. Ibu nak cerita padal pasal kisah semalam. Petang semalam, ibu amik half leave. Minta dengan bos balik awal sebab nak bawa Mifzal ke klinik. Dek kerana kesibukkan ibu, Mifzal belm lagi dapat cucuk MMR. Sepatutnya appointment untuk cucuk MMR ini adalah pada 23 Februari yang lalu. Tapi ini dah masuk bulan April baru ibu berkesempatan untuk bawa Mifzal ke Klinik Ibu & Anak untuk temujanji.

peel budak

Si comel Mifzal

Dah pergi klinik, ingatkan dapat lah cucuk MMR dekat Mifzal semalam. Aduhai, tak dapat juga. Ini kerana stok MMR pula yang habis. Selamatlah Mifzal dari kena cucuk semalam. Kena datang semula bulan depan. Aduhai, kalau ibu tak busy. Kalau tidak takut tertunda lagi lah temujanji Mifzal. Sebelum itu pun ibu kena sound juga denga nurse sebab bawa Mifzal lambat. Aduhai. Ibu busy sangat. Huhu. Bukan ibu sengaja.

Okay lah, apa lagi ibu nak cerita ya? Ha! Nak cerita sikit fasal peel si budak tembam ini. Mifzal  sekarang ini semakin pandai melawanlah. Kalau ibu marah Mifzal, Mifzal lepuk tangan ibu balik. Tanda protes la tu sambil buat muka sedih dan macam nak nangis. Huhu. Mana dia belajar ini. Dah pandai lawan ibu. Risau pula. Dekat rumah pengasuh, Mifzal berkawan dengan budak besar-besar. Takut pula jadi macam sepupu dia. Peel macam budak besar dah.

Apa pun, moga anak ibu, Mifzal jadi anak yang soleh. Aammin.

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


3 Responses

  1. elly @ suely berkata:

    hehehe mcm qmie la… org puk dia, dia puk kite balik ekekeke….

  2. Ibu Mifzal Arsyad berkata:

    tu la imah..bizi la..nak wat cemana..keje..makan gaji..uhuk..

  3. ppb_ppkp berkata:

    ainey..sian ko..keje sampai xingat nak abwa budak tomei ni pi cocok..sama la ngan aku..bz manajng…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge