Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera. Al-kisah semalam, ibu, Mifzal & Abah Mifzal ke rumah nenek Mifzal untuk menyambut dan meraikan nenek dan datuk Mifzal yang selamat kembali ke Malaysia selepas 2 minggu menunaikan umrah di Mekah. Alhamdulillah, ibadah umrah mak dan ayah mertua ibu dipermudahkan.
Mifzal dapat ole-ole dan hadiah daripada nenek dan datuknya. Sehelai jubah dan juga serban. Masa nak cuba pakaikan jubah itu, payah juga nak kawal Mifzal. Sebab dia tak mahu pakai tapi. Hehe. Yang ibu pula nak ambil gambar buat kenangan. Nak ambil gambar Mifzal berjubah lagi susah. Kena pegang kedua belah tangannya baru dapat. Hehe. Dah gaya pak arab kan?
Pak Arab Comel
1,969 jumlah dibaca, 2 dibaca hari ini