Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga Ibu merasa kelazatan Nasi Berlauk Air Dingin yang sangat-sangat popular di Kelantan walaupun ketika ini tidak berada di Kelantan. Makanan kegemaran yang pasti dicari bila balik kampung Ibu. Ingat hanya dapat makan ketika balik kampung sahaja. Mujur lah, Team Hijau #NasiBerlaukAirDinginHusna dah sampai ke Tapah. Boleh lah Ibu membelinya setiap hari.
Sebelum ini hanya melihat di facebook sahaja promosi #NasiBerlaukAirDinginHusna sama ada Team Hijau (Northen Region) mahupun Team Kuning (Central Region). Oppss..lupa…yang mana tak tahu pasal #NasiBerlaukAirDinginHusna ini kan…. kalau kawan-kawan pernah dengan nasi berlauk yang famous kat kelantan yang naik kapal terbang untuk dipasarkan di luar Kelantan..ini lah nasi berlauknya 😀
BACA INI : Lama Dah Tak Bersarapan Dengan Nasi Berlauk 🙂
Sarapan Wajib Dengan Nasi Berlauk Air Dingin
Sebenarnya baru seminggu ejen #NasiBerlaukAirDinginHusna berniaga di Tapah. Kebetulan pula dekat sangat dengan pejabat Ibu. Memang ulang hari-hari lah pergi beli. Kira macam jadi sarapan wajib lah seminggu ini. Harga #NasiBerlaukAirDinginHusna agak mahal berbanding harga asal. Kalau di Kelantan hanya dijual dengan harga RM2.00 – RM3.00 sebungkus (bergantung pada lokasi) tetapi di luar kelantan harganya dijual diantara RM5.00 ke RM5.50 sebungkus (bergantung pada jenis lauk). Bukan nasi belauk ikan sahaja, nasi berlauk ayam gulai, ayam pedas, daging kerutuk, daging goreng, nasi kerabu royal dan nasi dagang juga ada dijual. Di samping itu kuih muih seperti pulut pagi dan nasi impit sambal kelapa turut dijual.
Wah!!! puas hati betul dapat makan makanan yang digemari. Bertahun bermastautin di sini masih belum ketemu makanan yang betul-betul kena dengan selera tekak Ibu. Ya! Ibu memang agak cerewat kalau bab makan ini. Tapi tak adalah sampai tak makan langsung makanan yang ada..cuma kepuasan dan kenikmatan tu agak kurang lah..hehe tapi yang sebenarnya janji perut kenyang kan…:p.
2,249 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Memang agak terkenal juga nasi berlauk husna ni kat Nilai pun
itulah..benda sedap memang cepat terkenal..hehe