Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!


Mandi Manda Di Teluk Batik

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Lama rasa tak berceloteh di sini. Rindu, tapi mood malas nak buka blog. Akhir-akhir ini, mood berblogging memang ke laut. Jadi kena la ke laut,  nak pergi kutip semula mood yang hilang itu. Hehe. Hari Sabtu, kami sekeluarga ke Teluk Batik, Lumut. Mandi manda di situ. Perancangan di saat akhir. Mula-mula nak ke Pulau Pangkor. Tetapi si kecil ibu, tak nak naik boat. Takut katanya. Hehe.

 

Jujurnya, selama 5 tahun bermastautin di Negeri Perak ini, baru pertama kali menjejakkan kaki ke Teluk Batik ini. Ke Lumut sudah 3 kali rasanya. Tetapi tak singgah ke sini. Ya lah, pergi ke Lumut dulu atas urusan kerja, mana sempat nak berpoya-poya :p.

mandi di pantai

Seronok Mifzal dapat mandi pantai. Pengalaman pertama mandi pantai ni. Sebelum ini, asyik mandi air tawar je, merasa juga mandi air masin pula. Ibu tak mandi manda pun. Mood malas lagi. hehe. Tengok Abah Mifzal dan Mifzal berseronok mandi pantai dari jauh sahaja. Angin pantai buat ibu rasa mengantuk saja.

pantai teluk batik

Sementara menunggu mereka puas bermandi manda, ibu asyik duk ulang beli ais krim. Cuaca panas. Sudah tidak hirau tekak yang sakit. Makan ais krim, niat buat ubat sakit tekak..aci tak? hehe

ais krim pantai teluk batik

Dah puas mandi, kami menginap di Lumut semalaman. Malam Sabtu itu, ada perlawanan bola antara pasukan Perak menentang pasukan Johor Darul Takzim di Stadium Pengkalan TLDM, Lumut. Sudah pasti tidak akan ketinggalan untuk turut serta 😀

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

You may also like...

14 Responses

  1. Elaine berkata:

    Selamat cuti ! Boleh kunjungi 5* villa (Villa 827) di A’ Famosa Resort di Melaka untuk cuti yang akan datang 🙂

    http://www.villafamosaresort.com

  2. hafizmd berkata:

    Teluk Batik. Best jugak dapat sesekali lepak dan tidur semalam kat sini…hehee
    Jom baca entri di blog hafizmd : PRU13:Bendera, Manifesto Mahupun Calon BUKAN Sebab Utama Kemenangan!My Profile

  3. WRizuan berkata:

    huh lama sangat tak smpi teluk batik ni 🙂
    Jom baca entri di blog WRizuan : Nuffnang Blogbuster Campaign ? Apa Ke Dia ?My Profile

  4. hafiz berkata:

    dah penat mandi kena plak aiskrim roti layannnn
    Jom baca entri di blog hafiz : Komisyen pertama JobdirumahMy Profile

  5. blackrosehunter berkata:

    saya pernah datang ke sini..masa tu ramai sangat pengunjungnya..sesak..hehe
    Jom baca entri di blog blackrosehunter : Apakah Google Author Rank ?My Profile

  6. anip berkata:

    alamak roti aiskrim tu..kempunan betul saya nak merasa 🙂
    Jom baca entri di blog anip : Fun Family Road Trip ActivitiesMy Profile

  7. Hazmin Hamudin berkata:

    Pernah ke teluk batik akhir tahun lepas sebab ada team building. Hehe. Merasa la jugak saya jejak situ.
    Jom baca entri di blog Hazmin Hamudin : Selamat Hari Pekerja 2013My Profile

  8. BeritaKaki berkata:

    wah3..dapat makan roti eskrim..heeh
    Jom baca entri di blog BeritaKaki : N’Anggun Collections Maxi Dress PromotionsMy Profile

  9. hafiz berkata:

    ini lepas mandi laut ni boleh dapat idea fresh ni..
    Jom baca entri di blog hafiz : Obermain pilihankuMy Profile

  10. titan berkata:

    peh, rindu gak nak makan roti aiskrim nih..singgit. tapi puas hati.
    Jom baca entri di blog titan : Need Sleep.My Profile

  11. Hafizul berkata:

    Hehehe..habis tu dapat tak mood tu?macam ni baru betul..mood hilang ke laut, then pergi laut la carikan balik mood tu..ahaha
    Jom baca entri di blog Hafizul : Pendapatan Ke 12 Dari JobdirumahMy Profile

  12. Suhairi Alias berkata:

    hurm.. dah lame tak pergi sini.. huu
    Jom baca entri di blog Suhairi Alias : Transaksi asing paypalMy Profile

  13. Oneblogsocial.com berkata:

    Nak ais krim boleh?
    Jom baca entri di blog Oneblogsocial.com : Wanzawawi.com Pemurah Dan Baik HatiMy Profile

  14. suri berkata:

    wah hebat ambil mood kt laut ni heee
    Jom baca entri di blog suri : Ek, ElahMy Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge