Site icon Blog Ibu Mifzal

Mandi Manda Di Teluk Batik

Lama rasa tak berceloteh di sini. Rindu, tapi mood malas nak buka blog. Akhir-akhir ini, mood berblogging memang ke laut. Jadi kena la ke laut,  nak pergi kutip semula mood yang hilang itu. Hehe. Hari Sabtu, kami sekeluarga ke Teluk Batik, Lumut. Mandi manda di situ. Perancangan di saat akhir. Kami sekeluarga pada mulanya nak bercuti ke Pulau Pangkor. Tetapi si kecil ibu, tak nak naik boat. Takut pula katanya. Hehe.

 

Jujurnya, selama 5 tahun bermastautin di Negeri Perak ini, baru pertama kali ibu menjejakkan kaki ke Teluk Batik, Lumut ini. Walauapun ke Lumut sudah 3 kali rasanya. Tetapi tak pula singgah ke sini. Ya lah, pergi ke Lumut dulu atas urusan kerja, mana sempat nak berpoya-poya kan :p.

Seronok Mifzal dapat mandi pantai. Pengalaman pertama mandi pantai ni. Sebelum ini, asyik mandi air tawar je, merasa juga mandi air masin pula. Ibu tak mandi manda pun. Mood malas lagi nak berendam. hehe. Tengok Abah Mifzal dan Mifzal berseronok mandi pantai dari jauh sahaja. Angin pantai buat ibu rasa mengantuk saja.

Sementara menunggu mereka puas bermandi manda, ibu asyik duduk ulang membeli ais krim. Cuaca sangat panas. Sudah tidak hirau lagi tekak ibu yang masih sakit. Tak apalah kan, makan ais krim ini, ibu niat buat ubat sakit tekak, aci tak? hehe.

Dah puas mandi, kami menginap di Lumut untuk semalaman. Malam Sabtu itu, ada pula perlawanan bola antara pasukan Perak menentang pasukan Johor Darul Takzim di Stadium Pengkalan TLDM, Lumut. Sudah pasti kami tidak akan ketinggalan untuk turut serta 😀

 1,025 jumlah dibaca,  4 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version