Beli WhatsApp Guna Kad Debit CIMB Bank


Walaupun masih boleh guna aplikasi Chat On atau Viber untuk berkomunikasi secara percuma dengan keluarga dan kawan-kawan, rasa tak tidak lengkap telefon pintar ini tanpa aplikasi WhatsApp. Ralat juga mula-mula selepas membeli iPhone 5 ini kerana tidak dapat nak memasang aplikasi WhatsApp. Akaun WhatsApp di Galaxy Note masih berfungsi, tetapi sejak dah bermadu ini, Cik Note itu amat jarang ibu sentuh :p. Oleh kerana aplikasi Whatsapp di App Store perlu dibeli dahulu sebelum dimuat-turun, jadi ibu perlu beli Whatsapp guna kad debit. Kad debit yang ibu gunakan adalah kad debit CIMB Bank.

beli Whatsapp guna kad debit

Aplikasi Whatsapp

Ini pengalaman pertama ibu guna kad debit untuk pembelian online. Ibu ingat kad debit CIMB Bank masih belum boleh digunakan untuk pembelian atas online. Ibu ada baca info mengenainya di facebook CIMB Bank. Entah macam mana, semalam. Tangan gatal menekan button buy di App Store. Ibu isi sahaja maklumat yang diminta guna kad debit CIMB Bank. Eh..eh, tranksaksi berjaya pula. Dapat sms dari CIMB Bank mengenai transaksi online itu.

Berjaya Beli Whatsapp Guna Kad Debit

kad debit cimb bank

SMS yang ibu dapat adalah untuk memaklumkan transaksi yang ibu lakukan dengan menggunakan kad debit CIMB Bank telah berjaya dan amount yang dipaparkan adalah amount yang telah ditukar kepada matawang Malaysia.

sms transaksi berjaya

Ibu berani mencuba sebab ibu tahu baki di dalam akaun CIMB ibu tak banyak. Tapi cukup lah untuk membeli aplikasi ini. Murah je harganya USD 0.99. Sekali bayar sahaja boleh guna tanpa tarikh luput. Tidak seperti di telefon pintar yang lain. Percuma setahun, tahun berikutnya kena bayar setiap tahun.

Okay…sudah puas hati dapat apa yang dihajat. Sebab utama ibu nak sangat pasang aplikasi ini sebenarnya, kawan-kawan yang sama belajar dengan ibu banyak berkongsi info di group kami di WhatsApp. Jadi ibu tidak mahu ketinggalan sebarang info mengenai pembelajaran ibu. Rugi nanti..hehe. Aci lah kan 😀

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


25 Responses

  1. Asyillah Aisyah berkata:

    Salam.

    Kak, kalau nak purchase apps dekat app store tu guna debit kad cimb memang boleh ye? sebab abang saya cuba mastercard cimb, debit kad jugak lah tapi decline. lepastu call bank, dia cakap mastercard cimb certain negara je boleh guna untuk apple. saya tak faham lah, pelik. sebab saya punya pun mastercard cimb jugak.

    atau certain apps tak boleh guna mastercard?

  2. nadia berkata:

    Akk saya nak tnya…. mcm na nak dpt ituned gift card code? Leceh la…huhuhu

  3. Terbelog berkata:

    buat free boleh tak yer..
    Jom baca entri di blog Terbelog : Sindiket Saluran Televisyen Internet DitangkapMy Profile

  4. zulia berkata:

    kalau guna debit cimb.kn choice dia ad visa,mastercard,amex..mna satu kena thick..xfhm sgt..:)

  5. Sathi berkata:

    kalau iphone dah dijailbreak, tak payah beli any application. boleh install sahaja

  6. titan berkata:

    ohh..boleh rupanya..
    Jom baca entri di blog titan : Komen tanpa batasan.My Profile

  7. WRizuan berkata:

    Iphone kena bayar ker ingat semua free, sbb android free jer kan 🙂
    Jom baca entri di blog WRizuan : Mencari Ramli 2 kini KembaliMy Profile

  8. Hazmin Hamudin berkata:

    Ada masa-masa tertentu, whatsapp ni boleh diinstall secara percuma. Tapi kena sentiasa alert la.. Hehe
    Jom baca entri di blog Hazmin Hamudin : Selamat Hari Pekerja 2013My Profile

  9. Nurdya berkata:

    Kalau guna kad debit maybank sama jugak kan? Pilih visa. Lepas isi no. Kad yang security code tu, code apa ye kak? Saya buat tak menjadi pulak 🙂 please help me. Tq.

    • kad maybank pun boleh rsnya..security code tu tgk kt belakang kad tu ada 3 digit nombor.. isi no tu. kalau x silap akak.. kad debit maybank kena aktifkan dulu kt maybank2u tu utk shopping online ni..

  10. Hafizul berkata:

    Gambar siapakh dibelakang tabir tu?hahaha
    Jom baca entri di blog Hafizul : Pendapatan Ke 12 Dari JobdirumahMy Profile

  11. anip berkata:

    banyak jugak kelebihan kad debit ni..
    Jom baca entri di blog anip : Get Cheap Air TicketsMy Profile

  12. hatiputera berkata:

    Dah habis tempoh wasep saya. Guna wechat jer.
    Jom baca entri di blog hatiputera : Komisen #1 Dari Panduan Baju KurungMy Profile

  13. ajumohit berkata:

    owh boleh ye? pasni blehla shopping applikasi yg lain pakai debit card ni, bg yg tiada kad kredit mcm aju ni mmg kad debit ni memudahkan urusan
    Jom baca entri di blog ajumohit : Contest | Teka nama fashion designerMy Profile

  14. BeritaKaki berkata:

    whatsapp ni kenapa tak bagi seumur hidup free..pelik je ..hhee
    Jom baca entri di blog BeritaKaki : Cara Dapat RM1K Sebulan Dari RumahMy Profile

  15. hafiz berkata:

    what app saya pun dah expired. skrg gunakan we chat je…
    Jom baca entri di blog hafiz : Tazkirah Jumaat 7My Profile

  16. kalau iphone mmg kena byr..kalau phone lain dpt auto renew kan.

  17. Anarm berkata:

    Walaupun ada banyak lagi aplikasi lain (percuma) yang fungsinya sama macam Whatsapp, tapi kalau takde Whatsapp dalam phone rasa lain macam..

    Setakat ni saya tak pernah lagi bayar untuk guna Whatsapp.. Saya guna phone Android.. Bila dah dekat tempoh expire, Whatsapp akan extend tempoh ke tarikh baru.. Rasanya dah 3 kali Whatsapp extend tempoh akaun saya..
    Jom baca entri di blog Anarm : Kempen Peti Ais Mitsubishi L4 Grande Undian DiperlukanMy Profile

  18. Oneblogsocial berkata:

    Tahniah untuk ibu mifzal
    Jom baca entri di blog Oneblogsocial : Blog Pelancongan SabahMy Profile

  19. hafizrahim berkata:

    Saya tak pernah beli lagi..bila dapat notification nak expired je..esok lusa whatsapp akan auto renew license.
    Jom baca entri di blog hafizrahim : Harga Emas Jatuh? Apa Perlu Buat?My Profile

    • kalau iphone mmg mula2 nak install tu kena beli dulu pastu boleh guna sampai bila2..x mcm phone android n blackberry yg sy pernah guna..setahun free. tahun2 kena bayar kan lepas tu.
      tp akaun sy sblm ni ia bg extend 2 bulan je.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge