Kisah Mengundi PRU 13

Alhamdulillah, semalam ibu baru sampai dari kampung halaman setelah menunaikan kewajipan sebagai salah seorang warganegara Malaysia. Seminggu tak buka blog, hari ini rasa teruja ingin berkongsi kisah mengundi PRU 13 yang mana ini adalah pengalaman kali pertama ibu mengundi dan juga kisah dakwat “kekal”.

kisah mengundi PRU 13

Ibu dan keluarga keluar ke tempat mengundi pada jam 10.00 pagi. Rupanya dah ramai yang datang dang beratur. Memang menyesal tak pergi ke pusat mengundi awal-awal. Letih kaki beratur. Ibu yang di saluran 3 yang jumlah pengundinya memang ramai. Adik-adik ibu di saluran 4 awal-awal lagi sudah siap dicalit dakwat yang tidak berapa nak kekal :p

kisah mengundi PRU 13

Kisah Mengundi PRU 13 Ibu Mifzal

BACA INI : Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 : Tak Sabar Nak Mengundi 😀

Ketika memangkah calon pilihan, dua tiga kali juga memeriksa kertas undi. Takut pula merosakkannya dengan dakwat “kekal” yang kononnya didakwa dapat kering dalam masa beberapa saat sahaja. Tetapi dakwat di jari dan kuku ibu masih belum kering sepenuhnya. Tercomot juga tangan ibu akibat terkena dakwat “kekal”.

IMG_0376

Hari kedua, dakwat di jari sudah hilang hampir sepenuhnya, setelah dibasuh dengan sabun cuci pinggan. Tak ada lah kekal lama pun. Tapi kalau cukup untuk digunakan ketika hari mengundi bagi ibu sudah memadai.

IMG_0382

 1,277 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*