Maaf, Ia Antara Penyebab Blog Loading Jadi Sangat Perlahan
Sangat-sangat minta maaf pada tiga kengkawan blogger iaitu, Blog Ajumohit, Blog Sara & Blog Pondok Kecil, sebab ibu terpaksa keluarkan Widget Blogroll With URL Feed yang sebelum ini memaparkan feed blog anda kerana salah satu url feed blog bermasalah.

RSS Feed Bermasalah
Ia menyebabkan blog IbuMifzal.Com loading dengan sangat-sangat perlahan. Walaupun, hanya satu url sahaja yang bermasalah, tapi agak tidak adil jika, ibu hanya keluarkan satu url feed blog saja. Jadi, ibu ambil keputusan untuk membuang widget plugin tersebut dan digantikan dengan link blog sahaja tanpa feed.

Senarai Juara Komen
Sebenarnya, sudah banyak kali, url feed blog jadi bermasalah. Bila ibu buat experiment dahulu, ibu dapati masalah page loading ni berpunca dari feed blog. Bila url blog bermasalah, ia akan mengambil masa yg agak lama untuk loading dan iIbu biasanya hanya off kan sekejap widget tu. Dan, bila ibu dapati url feed dah okay, ibu on kan balik widget tu.
Maaf, Tapi Ada Penyelesaiannya
Tapi, ada waktunya, ibu terlepas pandang. So, pihak hosting yang prihatin memaklumkan kepada ibu. Walaupun pihak hosting mengatakan penyebab utama adalah plugin W3Total Cache yang kononnya ibu uninstall kan. TAPI, ibu tak pernah usik atau uninstall kan plugin tersebut. Ibu, memang kurang faham dengan plugin W3 Total Cache tu, jadi, benda yang ibu tidak tahu, ibu tak akan pandai-pandai nak usik. Tambahan lagi, bila dimaklumkan kesan jika salah setup atau buang plugin tersebut.
Jadi, ibu jump to a conclusion (setelah ibu buat sedikit ujian iaitu dengan on dan off kan widget tersebut dan test page loding speed di Pingdom.com, selain itu, ibu juga ada masukkan url feed blog tanpa mengguna plugin tersebut tetapi hanya mengguna widget RSS dan masalah masih berlaku), ternyata ia adalah penyebab blog menjadi perlahan.

Pingdom
Note : Yang terbaru iaitu pada pagi tadi, ibu tak ada buat test masa blog loading lambat, Sebab dah agak masalah berpunca dari mana. Cuma test selepas ibu buang sepenuhnya plugin tersebut sahaja.
BACA INI : Awstat (Statistik Blog) Bagi Bulan April – Jun 2012
Jadi, ibu harap, janganlah ini menjadi penyebab kengkawan kurang berminat menjadi pengomen tegar di blog ibu, dah la tak ada insentif kan. Ibu sangat-sangat menghargai komen kengkawan. Dan, ibu juga akan cuba untuk membalas kunjungan kengkawan ke blog ini. Insya Allah, ibu sebenarnya dalam perancangan untuk menganjurkan giveaway, cuma masa ibu belum tetapkan. Bila dah kurang sibuk nanti, ibu akan umumkan.
ps : Maaf ya 🙁
Bahaya ni kena cek blog selalu..
Jom baca entri di blog eszairy : HIBURAN DIANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN
singgah tetap singgah..hehe
ohh..macam itukah??
Jom baca entri di blog titan : 20 info tentang Contest tempatan.
Hahaha..tak kisah pun..kalau tak singgah kat blog ibu, orang tu ler yang rugi..sebab blog ibu ada adam dan hawa..haha…
Jom baca entri di blog Hafizul : Cerita Jumaat dan Sabtu
Hehe..itu la rugi…thanks ya sbb selalu singgah..
sama-sama…ibu bnyk dah tolong sy..tak rugi pun singgah selalu di blog ibu..hehe..bila kesibukan melanda, memang tak singgah langsung ler di blog ibu
Jom baca entri di blog Hafizul : Sugar Glider Yang Popular
Assalamualaikum,
Dengan menggunakan W3 Total Cache, kita boleh hostkan blog ibumifzal.com dan database di dalam RAM bukannya harddisk. Kelajuan RAM adalah lebih 1000x dari kelajuan harddisk dari segi read, write dan seek.
Dan, kami juga menggunakan reverse-proxy untuk melajukan lagi blog ibumifzal.com dan ianya juga disetupkan di dalam RAM bukannya harddisk.
Terima kasih,
Jom baca entri di blog Fadhlullah Abd Rahman : Promosi Sempena Raya Haji 2012 Di Fivio Webhosting
Waalaikumussalam.
Terima kasih atas penerangan itu. Baru sy faham skang mengenai w3 total cache tu. Dan, terima kasih juga di atas support n service yg tip top 🙂
saya nak kena belajar pasal WP ni.. huhu.. tak semak lagi loading page blog saya..
Jom baca entri di blog cmratu : Honda PCX 150 idaman hati
leh semak kat pingdom.com
sy pun sama, kena byk belajar lg pasal WP ni..byk lg yg sy pun x tau… 🙂
Jom baca entri di blog Ibu Mifzal : Drama Adam & Hawa Episod 49 – 52
no prob ibu, patutlah rasa macam lama nak taip komen ni, tadi pon lama masa nak loading blog ini
Jom baca entri di blog ajumohit : Perutusan Raja Sehari | Diana & Zul
Itu lah..sy pun x perasan yg terbaru ni terjadi…dpt email dr hosting br tahu…huhu…banyak kali jd..terpaksa gak la kali ni…sorry ya..
oh rupanya blog sy penyebabnya..maaf yer ibu dan kawan2 🙁
mmg blog sy tgh bermslh skunk ni..xtaw la camne nk godek2..hmmm..maaf yer semua..
Sorry gak sbb terpaksa x bubuh url feed tu…mgkin sbb theme kot..cuba cr theme yg sesuai…