Site icon Blog Ibu Mifzal

Maaf, Ia Antara Penyebab Blog Loading Jadi Sangat Perlahan

Sangat-sangat minta maaf pada tiga kengkawan blogger iaitu, Blog Ajumohit, Blog Sara & Blog Pondok Kecil, sebab ibu terpaksa keluarkan Widget Blogroll With URL Feed yang sebelum ini memaparkan feed blog anda kerana salah satu url feed blog bermasalah.

RSS Feed Bermasalah

Ia menyebabkan blog IbuMifzal.Com loading dengan sangat-sangat perlahan. Walaupun, hanya satu url sahaja yang bermasalah, tapi agak tidak adil jika, ibu hanya keluarkan satu url feed blog saja. Jadi, ibu ambil keputusan untuk membuang widget plugin tersebut dan digantikan dengan link blog sahaja tanpa feed.

Senarai Juara Komen

Sebenarnya, sudah banyak kali, url feed blog jadi bermasalah. Bila ibu buat experiment dahulu, ibu dapati masalah page loading ni berpunca dari feed blog. Bila url blog bermasalah, ia akan mengambil masa yg agak lama untuk loading dan iIbu biasanya hanya off kan sekejap widget tu. Dan, bila ibu dapati url feed dah okay, ibu on kan balik widget tu.

Maaf, Tapi Ada Penyelesaiannya

Tapi, ada waktunya, ibu terlepas pandang. So, pihak hosting yang prihatin memaklumkan kepada ibu. Walaupun pihak hosting mengatakan penyebab utama adalah plugin W3Total Cache yang kononnya ibu uninstall kan. TAPI, ibu tak pernah usik atau uninstall kan plugin tersebut. Ibu, memang kurang faham dengan plugin W3 Total Cache tu, jadi, benda yang ibu tidak tahu, ibu tak akan pandai-pandai nak usik. Tambahan lagi, bila dimaklumkan kesan jika salah setup atau buang plugin tersebut.

Jadi, ibu jump to a conclusion (setelah ibu buat sedikit ujian iaitu dengan on dan off kan widget tersebut dan test page loding speed di Pingdom.com, selain itu, ibu juga ada masukkan url feed blog tanpa mengguna plugin tersebut tetapi hanya mengguna widget RSS dan masalah masih berlaku), ternyata ia adalah penyebab blog menjadi perlahan.

Pingdom

Note : Yang terbaru iaitu pada pagi tadi, ibu tak ada buat test masa blog loading lambat, Sebab dah agak masalah berpunca dari mana. Cuma test selepas ibu buang sepenuhnya plugin tersebut sahaja. 

BACA INI : Awstat (Statistik Blog) Bagi Bulan April – Jun 2012

Jadi, ibu harap, janganlah ini menjadi penyebab kengkawan kurang berminat menjadi pengomen tegar di blog ibu, dah la tak ada insentif kan. Ibu sangat-sangat menghargai komen kengkawan. Dan, ibu juga akan cuba untuk membalas kunjungan kengkawan ke blog ini. Insya Allah, ibu sebenarnya dalam perancangan untuk menganjurkan giveaway, cuma masa ibu belum tetapkan. Bila dah kurang sibuk nanti, ibu akan umumkan.

ps : Maaf ya 🙁

 1,134 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version