Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Drama baru “Terlanjur Cinta” di TV9 menerusi slot Ratu akan menemui peminat drama Melayu tanah air pada 20 November 2012 (Esok). Drama ini akan ditayangkan pada jam 8.30 malam setiap Isnin & Selasa.
Barisan pelakon drama ini terdiri daripada Raja Ema, Siti Saleha, Aqasha, Nazim Othman, Zul Ariffin dan Marsha Milan.
Sinopsis Drama Terlanjur Cinta
Mengisahkan tentang cinta Nia (Siti Saleha) yang meminati Fareth (Aqasha), anak orang kaya yang menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan.
Fareth sering mengambil kesempatan ke atas kebaikan Nia yang juga sukakan Fareth, tetapi perasaan itu hanya dipendamkan di dalam hati.
Setelah tamat pengajian, Nia mendapat kerja di syarikat milik keluarga Fareth dan lelaki itu cuba menggoda Nia namun seringkali tidak berjaya.
Kerana mempunyai niat buruk untuk mengenakan Nia, akhirnya Fareth terpaksa berkahwin dengan wanita itu apabila mereka ditangkap khalwat.
Bermulalah detik hitam Nia, dia dilayan bagai sampah oleh Fareth dan kemunculan Amanda (Marsha) menambah duka seorang isteri yang ditanggung Nia.
Karya Terlanjur Cinta yang mungkin bakal menjadi fenomena buat penggemar drama Melayu itu disiarkan setiap Isnin dan Selasa pukul 8.30 malam.
Sumber : Mstar
ps : baca sinopsis macam best je..hope dapat layan juga 🙂
1,628 jumlah dibaca, 7 dibaca hari ini
Emm sedap cerita nih…hehe..tapi kadang2 terlepas juga…
macam best jerk..tp layan adam dan hawa jerk kot..heheh
owh dah ada citer baru ye, ibu nak mntk tolong
tolong klik button G +1 di entry iPhone 5 gajet impian di blog aju ye tq
x dapat nak tengok….huhuhu