Ingat tak entri yang ibu cerita tentang kerisauan ibu. Fasal selesema Mifzal yang mengganggu tidurnya itu sampai termuntah-muntah. Kalau ikutkan selesema itu minggu ini dah ok dah. Tetapi, semalam selssema itu datang lagi. Mungkin juga disebabkan oleh ibu sudah berhenti memberi Mifzal makan ubat selesema. Huhu.
Al-kisah juga semalam, ibu balik awal dari pejabat dan singgah ke rumah pengasuh untuk ambil Mifzal, tetapi pada masa itu pengasuh Mifzal beritahu yang Mifzal belum mandi dan makan lagi, Mifzal baru lepas buang air besar. Dan, habis baju dan seluar yang dipakai terkena najis. Kemain banyak berak tuh! Selepas itu, pengasuh Mifzal suruh ibu balik dulu. Dia cakap nanti dia hantar Mifzal ke rumah ibu.
Ketika Mifzal dihantar oleh pengasuhnya. Dia kelihatan okay sahaja. Nampak sihat seperti biasa Bermain pun macam biasa.. Dah puas main, dalam pukul 6.00 petang, Mifzal merengek hendak tidur. Jadi, ibu pun dodoi lah Mifzal di dalam buaian. Sambil menyusu habis juga dalam 7 ounce susu botol. Kemudia Mifzal terlena. Dalam jam 7.15 malam, Mifzal terjaga dari tidur. Tak ada menangis pun. Suara pun ceria memangil-mangil ibu dari dalam buaiannya. Nak minta ibu angkat lah tu. Sudah terjaga, Mifzal sambung main. Masa ibu nak solat Maghrib n Isya’ pun Mifzal duduk kacau-kacau ibu. Masa nak baca quran pun, Mifzal tarik-tarik Quran itu. Macamlah dia pandai dan baca kan! Dah puas Mifzal kacau ibu, Mifzal buang air besar lagi. Dua kali. Yang buat ibu bertambah risau, najisnya pun bukan macam biasa. Kali ini, warna hitam kehijauan.
Menangis
Dalam pukul 9.oo malam, abah Mifzal ambil dan dukung Mifzal. Mifzal merengek hendak suruh buka pintu rumah. Abah Mifzal layan kan sahaja. Tapi sekejap sahaja duduk di luar rumah. Bila masuk rumah semula, Mifzal nak main aeriel TV. Jadi, Abah Mifzal tak bagi lah. Bila tak diikut kemahuan dia, terus Mifzal start menangis. Tangisan Mifzal sangat kuat. Pujuk tak mahu, dukung x kena, peluk pun tak mahu. Cara Mifzal menangis macam menangis disebabkan sakit. Pastu mata Mifzal melilau sekeliling rumah. Padang kiri kanan sambil menangis. Ibu rasa susah hati sangat, semua cara pujukan dah ibu cuba, sampai tak tahu nak buat apa dah untuk redakan tangis Mifzal. Sebelum ini, dia tak pernah menangis begitu. Kalau menangis pun tak lah sampai macam ini. Nak kata sakit perut, perut tak pula kembung, lagi pun sebelum ni kalau keembung tak pernah pula menangis seperti itu. Ibu suruh Abah Mifzal bacakan ayat-ayat Quran. Selepas dibaca, barulah Mifzal berhenti menangis. Abah Mifzal beritahu semasa dia baca ayat Qursi, dia rasa macam meremang pula bulu roma. Ibu makin risau. Ada gangguan apa-apa ke? Selepas menangis sekejap, Mifzal sambung balik menangis. Menangis yan tidak tahu sakit apa. Dalam pukul 10.00 malam, Mifzal keletihan. Sambil ibu urut belakang Mifzal dengan minyak angin, Mifzal terlena. Lega sedikit rasa. Ibu rasa sangat kesian bila tengok keadaan Mifzal.
Mifzal tidur dari jam 10.00 malam sampai lah jam 2.30 pagi. Kemudian, Mifzal terjaga dan merengek mahukan susu. Selepas minum susu, Mifzal kelihatan tidak selesa. Jadi, ibu pun lumur lagi minyak angin. Selepas itu, Mifzal muntah. Keluar semula susu yang dia dah minum tadi. Selepas muntah, Mifzal menangis kuat seperti sebelum tidur tadi. Mujur kali ini tidak lama. Selepas ibu urut belakangnya, Mifzal lena semula.. Semasa Mifzal menangis, ibu pun menangis sama. Sebab ibu rasa susah hati sangat-sangat. Tidak apa yang tidak kena dengan anak ibu, dan sakit apa. Kemudian, Mifzal tidur sehingga subuh.
Subuh itu, Mifzal bangun, ibu rasa badan Mifzal seperti sedikit panas. Bila check suhu bacaannya 36 darjah celsius. Kira tak demamlah. Mujur! Abah Mifzal pun cakap badan Mifzal tak panas pun. Huhu, pelik pula. Tadi, ibu jamah badan mifzal panas, hidung Mifzal pula berair seperti kena selesema.
Pagi itu, semasa pengasuh Mifzal datang ambil Mifzal di rumah ibu. Ibu ada bekalkan ubat demam dan selesema untuk mifzal. Risau pula ibu, bimbang selesemanya melarat pula. Ibu rasa macam nak cuti sahaja hari ini, tetapi kerja memang banyak di pejabat. Maklum lah sekarang tengah akhir tahun. Lagi pun, Abah Mifzal suruh juga ibu masuk office. Melihatkan, keadaan Mifzal seperti tiada apa-apa yang berlaku semalam, ibu pun gagahkan juga, pergi berkerja.
Dalam jam 9.30 pagi tadi, ibu ada menelefon bertanyakan keadaan Mifzal kepada pengasuh. Pengasuh kata Mifzal ok saja. Ceria. Tengah ralit duduk main dengan anakk-anak dia. Langsung tal ada menangis. Itu yang pengasuh pelik bila ibu cakap Mifzal menangis kuat malam tadi, Dia tengok Mifzal sihat seperti biasa sahaj. Selepas itu, ibu ckp pasal najis Mifzal warna hijau kehitaman. Pengasuh beritahu itu “tahi sawan“. Katanya, panas dalam. Huhu, ibu dah confius. Ibu tak arif pasal itu.
Apa pun, ibu dangat berharap yang Mifzal akan sentiasa sihat. Sebelum ini pun memang ibu tidak ada masalah dalam menjaga Mifzal dari baru lahir sehingga sekarang. Walaupun Mifzal jenis yang susah bila hendak tidur. Tetapi, Mifzal mmg bukan seorang bayi yang kuat menangis. Sampai jiran pun pernah tegur sebelum ini yang dia langsung tidak dengar suara Mifzal.
“Mifzal, ibu tak mampu dan tidak sanggup untuk hadapi apa-apa jua dugaan yang berat, ibu nak Mifzal sentiasa sihat. Biar semua kesakitan dan ketidakselesaan itu ibu yang tanggung.”
934 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
bwk banyak bersabar ye aniey.. dugaan membesarkan anak.. cuma kalau muntah2 bnyk kali jgn lengah g hospital eh… takut kandungan air dlm bdn kering…
alahai sayunya baca ayat ko yg terakhir tu.. memang ainey..klau anak kita tu tak sihat ceria macam biasa..kita sendirik jadi serba tak kena.. tapi biasalah budak2..harap takde apa2 yg serius la.. kan…moga mifzal..sihat n ceria seperti biasa…nanti ibu pun ceria gaks…hehe..
budak2 ni bila menangis sgt2 tu mesti ada sebab ye lah dia nk ckp x reti..kite pun x tau kenapa..apa2 pun ieda hrp mifzal cepat sembuh selsema dia..
tu la..baby bukan tau nak ckp sakit kat mana..tu yg susah hati tu..
kesian mifzal kan..anak aku prnah macam tu ainey…nagis kau-kau..heheheh
aku xtau knp tp skrg dh kuranng nangis dh..semoga mifzal cepat sembuh yer..ibu jangn susah hati
kalau ms dr masa kecik nangis cam tuh aku x seriau sgt..ini x pernah2 nangis cam tuh..tu yg aku kelam kabut gak tuh.
kesiannya mifzal…. semoga mifzal cepat smebuh ye
thank zie..harap mifzal sembuh cepat dr selsemanya..geram tul aku kat selsema dia tuh..