Mifzal & Microphone


Petang semalam, Mifzal rajin duduk “mengemas-ngemas” kabinet TV ibu. Sambil buka dan tutup pintu kabinet itu, dia nampak pula microphone yang ibu simpan dalam kabinet TV itu. Huhu, apa lagi, dia buat main lah. Ingatkan nak nyanyi ke apa, sekali masuk mulut daa! “Mifzal, Mifzal, yang itu tak boleh makan sayang!”

Mifzal ingat itu ais krim mic kot? Hehe.

Nak cerita lagi, selepas puas mifzal duduk main dan kemas kabinet TV ibu itu, dia pun mula laah merengek, ibu faham dah, kalau Mifzal dah merengek sambil tenyeh muka dekat bahu ibu tu, memang mengantuk hendak tidur. Nasib baik tak susah pula nak tidurkan dia semalam berbanding malam-malam sebelum. Biasanya kan, naik lenguh tangan ibu berbuai, mungkin sebab penat main dan mengantuk sangat kot!

Mifzal nak nyanyi.

Berjaga

Dalam jam 12.00 malam, masa ibu dan Abah Mifzal tidur, Mifzal pula berjaga, ingat terjaga sebab hendak minum susu sahaja, tapi bila dah habis sebotol susu, mata Mifzal pula yang segar. Huhu, apa lagi, dia sambung main lah pula. Dek kerana ibu sangat mengantuk dan esok ibu kena kerja,  ibu suruh Abah Mifzal layan  Mifzal.

Lebih kurang jam 2.30 pagi, ibu terjaga. Itu pun sebab ibu ada terdengar macam suara Mifzal dekat telinga ibu. Ibu buka mata, ibu tengok Mifzal dah ada dalam billik tidur, sebelum itu Mifzal main dekat ruang tamu dengan Abah Mifzal. Ibu intai Abah Mifzal, “lah, dah lena atas sofa rupanya. “Kesian! Mifzal main seorang lah tadi ya” Masa Mifzal kejutkan ibu, dia dah merengek-rengek nak tidur. Huhu, dekat jam 3.00 pagi juga lah baru dia lena. Mifzal.. Mifzal.. Peel apa pula lah yang nak main tengah-tengah malam ni. Huhu, mengantuk ibu.

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


5 Responses

  1. kakngah berkata:

    huh! mmg cabaran kalau anak bgn tgh mlm ajak main ni… sekali sekala.. ok lg.. kalau hari2.. parah!

  2. Eda berkata:

    haaaa kantoi ni mesti korang kuat karaoke nih..haha

  3. ai berkata:

    mmg bebudak camtu ainey. ade musim. ni kira musim men tengah malam le ni..bulan depan ntah apa lak mifzal nk dera mama dia kan? hihihi

  4. ZiE berkata:

    nak jadi penyanyi ke mifzal?

  5. nasz berkata:

    mcm eskem lak mifzal buat mic tu

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge