Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.
Aduhai, gara-gara selalu sangat melihat kawan-kawan di facebook dan blog yang selalu post kan gambar durian crepe yang tengah hangat diperkatakan sekarang ini, ibu yang bukan peminat durian ini pun rasa terliur sama.
Sejujurnya, ibu tidak makan durian yang fresh. Maksud fresh di sini ialah isi durian yang belum dicampur @ dimasak dengan bahan-bahan lain. Berlainan pula dengan Abah Mifzal yang sememangnya pengemar durian.
Kebetulan, ada teman facebook ibu yang menjual durian crepe. Jadi, dapatlah merasa juga durian crepe.
RM10 sebekas (4 biji), komen Abah Mifzal, berbaloi sebab isi duriannya banyak.
Komen dari ibu yang bukan peminat durian? okay lah..sedap juga rasanya 😉
Ibu ada juga google resipi Durian Crepe. Pada yang ingin mencuba boleh lah cuba.
Durian Crepe
A. Crepe @ Lempeng
Bahan-bahan :-
250gm Tepung Gandum
3 biji Telur
500ml Santan
1/2 sudu teh Garam
1 sudu teh Serbuk Perwarna Kuning
Cara Membuat :-
1. Semua bahan di atas di kisar dengan blender dan ditapis.
2. Tuangkan satu senduk adunan tadi ke dalam kuali yang telah dipanaskan dengan kadar api yang kecil.
3. Gunakan kuali yang tidak melekat.
4. Kepingan lempeng itu tidak perlu diterbalikkan.
5. Angkat dan biarkan sejuk.
B. Inti
Bahan-bahan :-
1 Cawan Non Dairy Whipping Cream
Isi Durian Secukupnya
Cara Membuat :-
1. Non Diary Whipping Cream dipukul sehingga sebati.
2. Isi durian dibuang bijinya.
3. Letakkan whipping cream yang telah sebati tadi di atas crepe atau lempeng yang telah sejuk tadi
4. Kemudian letakkan isi durian ke atas whipping cream tersebut.
5. Selepas itu lapiskan di atas isi durian itu dengan whipping cream sekali lagi.
6. Lipatlah lempeng tadi supaya menutupi inti tadi.
7. Setelah siap simpankan di dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum dimakan.
8. Enak dimakan ketika sejuk.
ps : kepala mula pening bila makan durian..huhu
1,880 jumlah dibaca, 3 dibaca hari ini
memang best durian crepe ni…terase kedurianannya…huhu
ermm salam saya dah beli gak durian crep nie sekarang dah banyak orang jual di tepi tepi jalan… memang mengetop 🙂
untung ler dia dapat merasa sudah..pondok kecil belum merasa lagi akan kenikmatan durian crepe nih..hehe
hehe…try la…buat pun okay sbb resipinya x susah..
yela..kalo beli cecah 10 ringgit gak tu..huhu
sedapkan ibu. cuba buat sendiri berbaloi-baloi
sedap…itu la..leh buat sendiri sbb resipinya agak mudah…ada masa nnt leh cuba buat..
hehehe nmpk sedap jugk tp x penh rase lg..hehehe
sedap ye ibu? belum pernah try lg, tp aju ni mmg hantu durian, apa2 bkaitan durian mmg suke sgt!!!
sedap juga…boleh tahan..sbb isi durian banyak berbanding cream. tp ibu x leh makan banyak nnt ibu pening…hehe bau pun dah buat ibu pening..