Site icon Blog Ibu Mifzal

Kerana Durian Crepe

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Aduhai, gara-gara selalu sangat melihat kawan-kawan di facebook dan blog yang selalu post kan gambar durian crepe yang tengah hangat diperkatakan sekarang ini, ibu yang bukan peminat durian ini pun rasa terliur sama.

Sejujurnya, ibu tidak makan durian yang fresh. Maksud fresh di sini ialah isi durian yang belum dicampur @ dimasak dengan bahan-bahan lain. Berlainan pula dengan Abah Mifzal yang sememangnya pengemar durian.

Kebetulan, ada teman facebook ibu yang menjual durian crepe. Jadi, dapatlah merasa juga durian crepe.

RM10 sebekas (4 biji), komen Abah Mifzal, berbaloi sebab isi duriannya banyak.

Komen dari ibu yang bukan peminat durian? okay lah..sedap juga rasanya 😉

Ibu ada juga google resipi Durian Crepe. Pada yang ingin mencuba boleh lah cuba.

Durian Crepe

A. Crepe @ Lempeng

Bahan-bahan :-
250gm Tepung Gandum
3 biji Telur
500ml Santan
1/2 sudu teh Garam
1 sudu teh Serbuk Perwarna Kuning

Cara Membuat :-
1. Semua bahan di atas di kisar dengan blender dan ditapis.
2. Tuangkan satu senduk adunan tadi ke dalam kuali yang telah dipanaskan dengan kadar api yang kecil.
3. Gunakan kuali yang tidak melekat.
4. Kepingan lempeng itu tidak perlu diterbalikkan.
5. Angkat dan biarkan sejuk.

B. Inti

Bahan-bahan :-
1 Cawan Non Dairy Whipping Cream
Isi Durian Secukupnya

Cara Membuat :-
1. Non Diary Whipping Cream dipukul sehingga sebati.
2. Isi durian dibuang bijinya.
3. Letakkan whipping cream yang telah sebati tadi di atas crepe atau lempeng yang telah sejuk tadi
4. Kemudian letakkan isi durian ke atas whipping cream tersebut.
5. Selepas itu lapiskan di atas isi durian itu dengan whipping cream sekali lagi.
6. Lipatlah lempeng tadi supaya menutupi inti tadi.
7. Setelah siap simpankan di dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum dimakan.
8. Enak dimakan ketika sejuk.

ps : kepala mula pening bila makan durian..huhu

 1,879 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version