Ke Karnival Buku


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Semalam, hari Sabtu, Ibu, Abah dan Mifzal Arsyad ke Karnival Buku Daerah Batang Padang 2013 yang diadakan di Dewan Muhibbah, Bidor. Karnival itu berlangsung bermula 4 – 7 April 2013, jam 9.30 pagi – 9.30 malam. Kami ke karnival itu pada waktu tengahari. Tak berapa ramai pengunjung ketika itu, mungkin ramai yang sudah mengunjungi karnival ini.

Suka ibu, jika ada karnival buku sperti ini diadakan selalu di tempat ibu tinggal. Di sini memang kurang kedai buku yang menjual buku-buku ilmiah. Cuma kernival kali ini, tidak banyak syarikat pernerbitan buku yang menyertai karnival ini. Banyak buku dari Dewan Bahasa dan Pustaka dan 2 buah lagi syarikat sahaja.

karnival buku

Ibu sedikit kecewa kerana tidak memui buku-buku yang ditulis oleh Subky Latif. Ibu suka membaca buku tulisan beliau. Gaya penulisan beliau mampu membuatkan ibu tekun membaca. Apa-apa pun, dapat juga membeli 2 buah buku ilmiah, 2 buah buku pembelajaran dan sebuah buku keagamaan.

buku-buku

Ibu dan Abah Mifzal sekarang suka membaca dan mengumpul buku-buku. Kononnya, untuk koleksi kami untuk kami letakkan di perpustakaan mini di rumah baru kami nanti. Harap impian menjadi kenyataan 😀

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


6 Responses

  1. ajumohit berkata:

    bagusnya ainey dah tanamkan sifat membaca utk mifzal dari kecik lagi
    Jom baca entri di blog ajumohit : Farmasi Colour Cosmetics Product Launch – CC Cream!My Profile

  2. hafiz berkata:

    bagus ni nak memupuk minat anak membaca..
    Jom baca entri di blog hafiz : Makan malam di hujung mingguMy Profile

  3. Hazmin Hamudin berkata:

    Memang best kalau dapat berkunjung ke pesta buku ni.
    Jom baca entri di blog Hazmin Hamudin : Intipati Manifesto Barisan Nasional 2013 Sempena PRU 13My Profile

  4. WRizuan berkata:

    saya setiap bulan bawa anak2 ke kedao buku, dgn niat nk terap minat membaca kpd mereka hehehe
    Jom baca entri di blog WRizuan : Wordless Wednesday : Proses Asas Pilihanraya MalaysiaMy Profile

  5. titan berkata:

    fuh..memang rajin membaca buku rupannya. hoho..
    Jom baca entri di blog titan : Manifesto BN vs Piala FAMy Profile

  6. Buku jendela dunia,
    Jom baca entri di blog Oneblogsocial.com : Unblock My CarMy Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge