Kisah Rumah Kami Lagi

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari Sabtu lepas,Ā dapat panggilan daripada pemaju rumah yang kami dah booking since 2010 untuk set kan appointment pada petang hari Isnin lepas. Dan, Abah Mifzal sahaja yang pergi jumpa pemaju rumah tu sebab ibu masih dalam waktu berkerja.

Rumah Kami

Ibu ingatkan untuk uruskan hal pinjaman perumahan yang masih belum settled dek kerana kesilapan teknikal si pemaju…namun tekaan ibu meleset. Rumah dan tanah bernombor 29 berkeluasan 70′ x 80′ yang ditempah mempunyai masalah status tanah dan menurut pemaju, amat sukar untuk menguruskan pembelian melalui pinjaman perumahan kerajaan. Jika kami masih inginkan rumah tersebut, kami perlu wajib menggunakan pinjaman bank.

Sebagai penjawat awam, sememangnya pinjaman perumahan kerajaan menjadi pilihan kami. Penyelesaiannya, kami diberi pilihan untuk memilih lot rumah yang lain yang keluasan tanahnya cuma 45′ x 80′ dan dengan harga yang lebih murah. Diskaun RM5000.00 juga diberikan kepada kami jika kami bersetuju dengan cara penyelesaian tersebut.

Tidak mahu serabutkan kepala, sebab kami juga kurang arif dengan masalah pembelian rumah maka ibu dan Abah Mifzal bersetuju dengan cadangan pihak pemaju. Dijanjikan rumah tersebut akan siap pada 2013 nanti.

Bila difikir-fikirkan semula, benarkah masalah status tanah yang menyusahkan procedure pinjaman perumahan kerajaan? Atau sebenarnya pemaju sudah mempunyai pembeli baru yang menawarkan harga yang lebih tinggi?

Rumah corner lot yang asal kami tempah tu kalau ikut kan memang luas..boleh tambah sebuah rumah lagi. Dengan penukaran lot rumah yang lebih kecil (standard) maka berkecailah angan-angan kami nak bina taman, kolam ikan dan mini swimming pool bila rumah siap nanti šŸ™ Ā kalau dapat buat pun hanya dengan saiz yang lebih kecil.

ps : sedih la pula rasa..alahai rumah kami.

Posted from My Samsung Galaxy Note

 1,130 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

15 Comments

    • hmm…status tanah atau mungkin lebih sesuai status milikan tanah tu adalah milikan sementera (pajak 99 tahun). sepatutnya rumah dalam pembinaan (pemaju), status milikan tanah itu atas nama pemaju bukan nama pembeli..dlm kes kami ni..status milikan tanah tu telah ditukar kepada nama pembeli..iaitu nama sy dan suami. sebab tu permohonan pinjaman jenis kedua kami (rumah dalam pembinaan) di reject kerana salah jenis pinjaman..

      x logik kan alasan pemaju bila difikirkan balik..huhu..tp sayang nak lepaskan rumah sebegitu..mana nak dpt rumah lot dengan ada laman sekeliling skang ni..kebanyakkan skang rumah teres..x gemar bila kena berkongsi dinding ni..huhu

  1. Emm best arr ibu dapat rumah…tapi tak best tak leh buat taman impian la nanti..hehe..tak pa ibu buat yang kecil jer..2’x2′ pun ok jugak taman tu…hahahahaha..tahniah sebab tak lama dah nak naik rumah baru..hehe

        • sepatutnya begitu lah bee..masalah berpunca daripada kesilapan teknikal pemaju..ms hantar brg pinjaman perumahan suami akak tu..pemaju silap pergi tukar nama pemilik tanah tu kepada nama suami akak dan nama akak. sepatutnya tak boleh tukar lagi..kami apply pinjaman perumahan jenis kedua iaitu rumah dalam pembinaan..tetapi disebabkan tanah tapak rumah corner lot tu dah ditukar kepada nama suami dan akak..so suami akak tak boleh apply pinjaman rumah jenis kedua..kena buat pinjaman rumah jenis ketiga iaitu membina rumah atas tanah sendiri. tak pasal2 kami dapat tanah free..huhu.. tu yg tertangguh lama hal rumah tuh..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*