Ke Karnival Buku

Semalam, hari Sabtu, Ibu, Abah dan Mifzal ke Karnival Buku Daerah Batang Padang 2013 yang diadakan di Dewan Muhibbah yang berdekatan dengan kediaman kami. Karnival itu berlangsung bermula 4 – 7 April 2013, jam 9.30 pagi – 9.30 malam. Kami ke karnival itu pada waktu tengahari. Tak berapa ramai pengunjung ketika itu, mungkin ramai yang sudah mengunjungi karnival ini.

Suka ibu, jika ada karnival buku sperti ini diadakan selalu di tempat ibu tinggal. Di sini memang kurang kedai buku yang menjual buku-buku ilmiah. Cuma kernival kali ini, tidak banyak syarikat pernerbitan buku yang menyertai karnival ini. Banyak buku dari Dewan Bahasa dan Pustaka dan 2 buah lagi syarikat sahaja.

karnival buku

Ibu sedikit kecewa kerana tidak menemui buku-buku yang ditulis oleh Subky Latif. Ibu suka membaca buku tulisan beliau. Gaya penulisan beliau mampu membuatkan ibu tekun membaca. Apa-apa pun, dapat juga membeli 2 buah buku ilmiah, 2 buah buku pembelajaran dan sebuah buku keagamaan.

buku-buku

Ibu dan Abah Mifzal sekarang suka membaca dan mengumpul buku-buku. Kononnya, untuk koleksi kami untuk kami letakkan di perpustakaan mini di rumah baru kami nanti. Harap impian menjadi kenyataan 😀

 984 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*