Macam tak percaya sahaja. Tapi realitinya, iPhone 5 sudah dimiliki. Entah apa pasal ntah boleh “terbeli” iPhone 5. Macam mana ibu yang dulu suka Android Phone boleh pilih untuk beli iPhone 5? Errkk…
Cik Note 2.0 dah mulai rosak. Setelah setahun guna sudah menunjukkan tanda-tanda perlu cari penggantinya. Port USB & button LOCK/UNLOCK sudah rosak. Ibu perlu keluarkan bateri Cik Note dan caj di luar. Sudah tidak boleh guna wayar untuk caj. Ibu bukan seorang yang cermat dalam menjaga telefon pintar. Setahun guna, dah rosak. Warranty ada lagi sampai 17 April 2013 ini. Perlu segera menghantar Cik Note ke Service Center, dan ingin juga mencari pengganti kepada Cik Note.
iPhone 5 Sudah Dimiliki
Fikir punya fikir, nak cari smartphone yang berlainan sedikit dengan Cik Note (Android Phone). Mungkin sudah bosan dengan Android Phone. Pilihan sama ada iPhone 5 atau Blackberry Z10. Ibu pernah guna Blackberry Torch dulu. Jadi pilihan lebih kepada iPhone 5. Abah Mifzal juga sokong. Nak merasa juga, best sangat ke iPhone 5 ini? Best atau tak best, sudah beli, kena lah guna dengan cermat :p
Janggal untuk pertama kali menggunakannya. Tak tahu nak tekan back macam mana. Tapi lepas explore dah makin pandai guna. 😀
2,300 jumlah dibaca, 2 dibaca hari ini
salam,nak tanya sikit.saya ingat nak beli iphone 5 tapi tak nak beli yg ada pakej.ibu beli kat mana ya tanpa pakej?apple store??
wassalam. sy beli kt seng heng kampar. seng heng ni apple premium reseller..so mmg jual ori set. kalau tmpt nadiah dekat nga apple store..better g sana. mcm sy jauh.
Wahhh tahniah2…bila nak merasa nih..hehe
iphone dalam kelas dia sendiri.. Android pun rasanya tak le celen 😀
Tahniah Ibu. Satu pilihan yang baik.
BTW, nak guna iPhone ni lebih senang bbanding lain2 s’phone..
hehe..x de la bergaya sgt..sma je nga phone lain..hehe
harga terkini iPhone5 sekarang berapa kat Malaysia? Kat Egypt mahal jugak. sobsob
yg sy beli ni iphone 5 16GB, harga RM2199/unit tanpa pakej. kalu nk murah kena beli nga pakej tapi byran permulaan lbh kurang je rasanya..
gua juga masih setia dengan handset tekan-tekan nih..
ok je kalau guna yg tu pun ok..atas kepuasan msg2 la.. hehe
mula2 mmg tak biasa kan ainey, aju suka iphone emm user friendly kot, mm nnti review kat sini ye, tahniah dapat gajet baru 😉
ha ah..mmg janggal memula..tp skang makin ok kot..hehe
waa…bestnyer dpt phone baru…
sy guna hp cikai jer…hehehe
xde perasaan lg nak bli smartphone..~~
agak out to date gak la…adeheii~~
Wow terbaikla ibu. Insha allah makin lama-makin la nanti. Bolehla buat review iphone 5 lepas nie.
huh iphone 5, tahniah
hebat2…iphone 5 tu…
Bestnyaa dapat guna iPhone 5.. Teringin jugak nak merasa guna iPhone 5 tapi belum sampai masanya lagi.. Sekarang ni just guna je Android phone yg murah2.. Ada rezeki lebih nanti boleh kot angkat sebijik iPhone 5..
Telefon idaman saya tu. Masih belum kesampaian nak memiliki buah apple ni.