Tak Sabar Nak Mengundi


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Seperti yang semua sedia maklum, hari penamaan calon dan hari mengundi telah pun diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu masing-masing pada 20 April 2013 (Sabtu) dan 5 Mei 2013 (Ahad).

Bukan sahaja tak sabar nak mengundi sebab 1st timer tetapi tidak sabar juga untuk pulang ke kampung halaman bertemu keluarga tercinta. Walaupun ibu sudah lebih 4 tahun bermastautin di sini. Tidak terpikir untuk menukar lokaliti mengundi. Biarlah jauh pun, boleh juga sesambil balik kampung kan.

Ibu dah siap beli tiket bas dah untuk balik mengundi. Naik pengangkutan awam je sebab ibu tak confident untuk memandu bersama Mifzal sahaja melalui puncak titiwangsa. Gerun!!Abah Mifzal juga tidak benarkan ibu memandu kereta tanpanya. Solusi terbaik, naik bas sahaja lah kerana Abah Mifzal juga tidak dapat menghantar kami pulang kerana ibu bercuti awal. Kalau hari sekolah, susah Abah Mifzal nak ambil cuti. Tidak mengapa lah. Semoga perjalanan kami pergi dan balik selamat dan dipermudahkan. Aamiin.

 ps : Kengkawan dah rancang ke cuti untuk pulang mengundi pada yang tinggal jauh? yang dekat tak perlu risau sangat kan?

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


3 Responses

  1. Hafizul berkata:

    Hehe..selamat pulang ke kampung halaman dan selamat mengundi..pangkah jangan tak pangkah..hehe
    Jom baca entri di blog Hafizul : Wordless Wednesday #49 – Bersantai Dalam KolamMy Profile

  2. hafiz berkata:

    dah siap2 beli tiket balik kampung ye…
    Jom baca entri di blog hafiz : Pemain import baru Johor Darul TakzimMy Profile

  3. titan berkata:

    amboi..semuaya tak sabar nak mengundi ekk..
    Jom baca entri di blog titan : Encik Gula jahat!My Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge