Site icon Blog Ibu Mifzal

iPhone 5 Sudah Dimiliki

Macam tak percaya sahaja. Tapi realitinya, iPhone 5 sudah dimiliki. Entah apa pasal ntah boleh “terbeli” iPhone 5. Macam mana ibu yang dulu suka Android Phone boleh pilih untuk beli iPhone 5? Errkk…

Cik Note 2.0 dah mulai rosak. Setelah setahun guna sudah menunjukkan tanda-tanda perlu cari penggantinya. Port USB & button LOCK/UNLOCK sudah rosak. Ibu perlu keluarkan bateri Cik Note dan caj di luar. Sudah tidak boleh guna wayar untuk caj. Ibu bukan seorang yang cermat dalam menjaga telefon pintar. Setahun guna, dah rosak. Warranty ada lagi sampai 17 April 2013 ini. Perlu segera menghantar Cik Note ke Service Center, dan ingin juga mencari pengganti kepada Cik Note.

iPhone 5 Sudah Dimiliki

Fikir punya fikir, nak cari smartphone yang berlainan sedikit dengan Cik Note (Android Phone). Mungkin sudah bosan dengan Android Phone. Pilihan sama ada iPhone 5 atau Blackberry Z10. Ibu pernah guna Blackberry Torch dulu. Jadi pilihan lebih kepada iPhone 5. Abah Mifzal juga sokong. Nak merasa juga, best sangat ke iPhone 5 ini? Best atau tak best, sudah beli, kena lah guna dengan cermat :p

Janggal untuk pertama kali menggunakannya. Tak tahu nak tekan back macam mana. Tapi lepas explore dah makin pandai guna. 😀

 2,298 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version