Hari Raya Aidilfitri 1435H/2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua pembaca blog ibu yang beragama Islam. Mohon maaf zahir dan batin selama kita berhubung di alam berblogging ini. Cemana raya kengkawan semua? mesti seronokkan? Ibu? Alhamdulillah, walaupun raya kali ini diberi dugaan dan ujian (nanti ibu cerita dalam next entry) tetapi mood raya masih berbaki. Al-maklumlah dapat beraya bersama keluarga tercinta di kampung halaman.

hari raya
Keluarga Mifzal

Keseronokan beraya di kampung halaman yang setahun hanya beberapa kali dapat pulang akibat kekangan kerja tidak dapat digambarkan. Mifzal gembira berjumpa sepupunya sambil melawat saudara-mara di kampung. Apabila dapat duit raya tambah semnyum anak-anak kecil. Teringat zaman ibu kecil-kecil dulu. Memang menunggu masa untuk ke rumah saudara-mara dan jiran untuk mengutip duit raya. Dapat duit raya memang mengembirakan hati anak-anak.

Gambar Hari Raya Bersama Keluarga

Kali ini, ibu dan keluarga dapat bergambar beramai-ramai dengan keluarga besar kami di kampung. Terasa raya kali ini sangat meriah kerana semua adik beradik ibu dapat pulang ke kampung untuk meraikan hari raya yang bahagia ini.

BACA INI : Cerita Raya Kami

Gambar keluarga di hari raya
Keluarga Besar Kami

ps : Hari ini, setelah bercuti seminggu, hati rasa berat sangat nak masuk office. Rasa nak sambung cuti tetapi bila mengenangkan ada hal penting yang perlu diuruskan, ibu kena masuk kerja juga.

 1,911 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*