Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Sabtu lepas, pertama kali ibu menonton perlawanan bola sepak secara langsung di stadium. Teruja kerana sebelum ini hanya menonton di kaca televisyen sahaja. Perlawanan akhir di antara pasukan Perak dan Kedah bagi merebut Piala Emas Raja-Raja 2012 yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh sememangnya mendebarkan para penyokong. Perak berjaya mengondol piala tersebut setelah memperolehi dua gol di saat akhir. Keputusan penuh Perak (2) – (0) Kedah.
Keseluruhannya, ibu rasa berbaloi menonton perlawanan tersebut. Dua-dua pasukan mempunyai semangat juang yang tinggi hingga ke akhir perlawanan. Tidak cukup 90 minit masa permainan, ditambah lagi 30 minit setelah kedua-dua pasukan gagal mendapatkan gol dalam masa permainan. Mujur ada gol di saat akhir, kalau tidak kempunan ibu untuk melihat jaringan gol pada malam itu 😀
Mifzal Arsyad tentunya paling teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Minatnya pada bola sepak dari umur 3 tahun lagi. Jom layan gambar yang sempat ibu ambil di Stadium Perak, Ipoh.
Mifzal Arsyad : “Ibu..Ibu, besarnya bola ini. Boboy nak peluk bola.”
Kenangan di Stadium Perak, Ipoh.
Kusyuk menonton dan menanti-nanti jaringan gol yang lambat tiba 🙂
Posted from My Samsung Galaxy Note
2,140 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
kalah kedah eh..hahaha…bolehlaa
hehe..bukan rezeki kedah kali ini..
takpe…yg pentingkita enjoy 😀
Memang seronok dan puas hati kalau dapat menonton bolasepak secara live.Lebih-lebih lagi kalau duduk berhampiran dengan bangku pemain.
betul kan..semangat tu lebih sket kalu tgk live..
Memang seronok tengok bola di stadium. Lain suasananya dengan ramai penonton yang bersorak. Lepas ni boleh la pergi lagikan.
seronoknya baoboi tgk bola kat stadium ye, aju belum ada pengalaman lagi nonton kat stadium ni, mesti best kan 😉
memang best aju..feel dia lain dr tgk kt tv je..mmg bersemangat dan bersorak bila pasukan yg disokong dapat masukkan goal..