Di Stadium Perak : Piala Emas Raja-Raja 2012

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sabtu lepas, pertama kali ibu menonton perlawanan bola sepak secara langsung di stadium. Teruja kerana sebelum ini hanya menonton di kaca televisyen sahaja. Perlawanan akhir di antara pasukan Perak dan Kedah bagi merebut Piala Emas Raja-Raja 2012 yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh sememangnya mendebarkan para penyokong. Perak berjaya mengondol piala tersebut setelah memperolehi dua gol di saat akhir. Keputusan penuh Perak (2) – (0) Kedah.

image

Keseluruhannya, ibu rasa berbaloi menonton perlawanan tersebut. Dua-dua pasukan mempunyai semangat juang yang tinggi hingga ke akhir perlawanan. Tidak cukup 90 minit masa permainan, ditambah lagi 30 minit setelah kedua-dua pasukan gagal mendapatkan gol dalam masa permainan. Mujur ada gol di saat akhir, kalau tidak kempunan ibu untuk melihat jaringan gol pada malam itu 😀

image

Mifzal Arsyad tentunya paling teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Minatnya pada bola sepak dari umur 3 tahun lagi. Jom layan gambar yang sempat ibu ambil di Stadium Perak, Ipoh.

image

Mifzal Arsyad : “Ibu..Ibu, besarnya bola ini. Boboy nak peluk bola.”

image

Kenangan di Stadium Perak, Ipoh.

image

Kusyuk menonton dan menanti-nanti jaringan gol yang lambat tiba 🙂

Posted from My Samsung Galaxy Note

 863 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

8 Comments

  1. Memang seronok dan puas hati kalau dapat menonton bolasepak secara live.Lebih-lebih lagi kalau duduk berhampiran dengan bangku pemain.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*