Semalam Mifzal susah sangat nak tidur. Puas dah ibu dodoi dalam buai. Letak di atas tilam pun dia tidak mahu. Mata pejam mengantuk tetapi mulut bising. Tangan pula buat bertepuk-tepuk amai. Dek kerana keletihan ibu termarah juga mifzal yang tak tahu apa-apa itu. Mifzal pandang saja ibu. Mata yang pejam tadi terbuka n terkebil-kebil sahaja. Huhu. Sedih lah pula bila tengok anak ibu macam dah nak menangis. Terus rasa bersalah. Apa lah ibu ni. Anak kecil itu bukan tau apa-apa pun. Kalau marah pun kan dia tak faham pun lagi. Huhu. Ibu mintak maaf ya Mifzal. Tapi anak ibu kena lah dengar cakap ibu. Ibu penat balik kerja. Huhu.
Dan, pagi tadi, Mifzal celik mata, dia pandang saja ibu. Biasa dia dah terkam dekat mainan dia dah. Ini dia senyap sahaja. Bila diagah baru dia nak senyum. Lepas itu ibu teringat yang ibu ada termarah Mifzal semalam.“isk isk, tak akan Mifzal faham yg ibu marah Mifzal semalam?” Ibu check juga kot-kot Mifzal tak sihat. Tapi badannya biasa sahaja. Tidak panas pun, risau pula ibu. Apasal anak ibu senyap sahaja pagi ini?
Ragam Mifzal
Selepas ibu dah siap pakai tudung. Baru la ibu dengar suara Mifzal menegur ibu. “huh..” macam itu la bunyi Mifzal kalau dia tegur, marah, geram dekat orang. Tapi yg ni ibu tau, Mifzal tegur ibu sebab ibu dah pakai cantik-cantik. Sekejap lagi, Mifzal boleh naik kereta. Hehe. Nak berjalan rupanya.
Bila dah semua siap, vroom. Mifzal naik kereta ke rumah pengasuh yang jauhnya selang 10 buah umah sahaja. Satu lagi peel Mifzal, bila ibu nak pergi kerja, sikit pun dia tak mahu pandang ibu. Apatah lagi nak lambai tangan. Jenuh pengasuh suh dia lambai bye-bye, Mifzal buat dek saja. Selepas itu , buat muka masam. Huhu, ya lah ibu faham lah, Mifzal marah ibu sebab tak bawa Mifzal naik kereta pergi jalan-jalan ya? Marah ibu sampai tak mahu pandang ibu ya? Hehe. Mifzal, Mifzal. Nanti hujung minggu ini ibu dengan Abah Mifzal akan bawa Mifzal pergi jalan-jalan ya. Sayang anak ibu. 😀
1,203 jumlah dibaca, 2 dibaca hari ini
ha… abru jumpa gamabr mifzal senyum
kalau tak tu.. serius manjang…
kan manis senyum camtu.
haha…susah dia nak senyum..mahal gambar ni. hehe.
iskkk aku ni lg suke marah dak ikmal tuh… asal bad mood jek..letih jek de jf mangsa..kekadang bila tesedar aku nagis balikx patut betull..dorang bukan tau ape pun…dorang nk perhatian kita jek..iskk…
kan..kadang hilang juga kesabaran. tapi tu lah kena cepat sedar sbb marah pun derang kecik lagi tak faham pun napa ibu derang marah..hehe
hai ainey
awak ada ym x?
blh kita brchating2 hehehehe
sy slalu gak tgk fp awak
rajin beno mghupdate gambo yer
anak pun dh main mmbesar
hehe..thanks sbb sudi jengah fp.
alahaii…
cerdiknye! dah mandai nk majuk majuk dah ye…isk! geram aku!
haha geramkan..pandai majuk2 dah..
ekekek…pandai majuk dah ekk??
haha..dah pandai..gitu peel dia bila merajuk..hehe