Semalam Mifzal susah sangat nak tidur. Puas dah ibu dodoi dalam buai. Letak di atas tilam pun dia tidak mahu. Mata pejam mengantuk tetapi mulut bising. Tangan pula buat bertepuk-tepuk amai. Dek kerana keletihan ibu termarah juga mifzal yang tak tahu apa-apa itu. Mifzal pandang saja ibu. Mata yang pejam tadi terbuka n terkebil-kebil sahaja. Huhu. Sedih lah pula bila tengok anak ibu macam dah nak menangis. Terus rasa bersalah. Apa lah ibu ni. Anak kecil itu bukan tau apa-apa pun. Kalau marah pun kan dia tak faham pun lagi. Huhu. Ibu mintak maaf ya Mifzal. Tapi anak ibu kena lah dengar cakap ibu. Ibu penat balik kerja. Huhu.
Dan, pagi tadi, Mifzal celik mata, dia pandang saja ibu. Biasa dia dah terkam dekat mainan dia dah. Ini dia senyap sahaja. Bila diagah baru dia nak senyum. Lepas itu ibu teringat yang ibu ada termarah Mifzal semalam.“isk isk, tak akan Mifzal faham yg ibu marah Mifzal semalam?” Ibu check juga kot-kot Mifzal tak sihat. Tapi badannya biasa sahaja. Tidak panas pun, risau pula ibu. Apasal anak ibu senyap sahaja pagi ini?
Ragam Mifzal
Selepas ibu dah siap pakai tudung. Baru la ibu dengar suara Mifzal menegur ibu. “huh..” macam itu la bunyi Mifzal kalau dia tegur, marah, geram dekat orang. Tapi yg ni ibu tau, Mifzal tegur ibu sebab ibu dah pakai cantik-cantik. Sekejap lagi, Mifzal boleh naik kereta. Hehe. Nak berjalan rupanya.
Bila dah semua siap, vroom. Mifzal naik kereta ke rumah pengasuh yang jauhnya selang 10 buah umah sahaja. Satu lagi peel Mifzal, bila ibu nak pergi kerja, sikit pun dia tak mahu pandang ibu. Apatah lagi nak lambai tangan. Jenuh pengasuh suh dia lambai bye-bye, Mifzal buat dek saja. Selepas itu , buat muka masam. Huhu, ya lah ibu faham lah, Mifzal marah ibu sebab tak bawa Mifzal naik kereta pergi jalan-jalan ya? Marah ibu sampai tak mahu pandang ibu ya? Hehe. Mifzal, Mifzal. Nanti hujung minggu ini ibu dengan Abah Mifzal akan bawa Mifzal pergi jalan-jalan ya. Sayang anak ibu. 😀
1,202 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini