Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Berkebun!


Ini bukan hobi ibu ya, tapi hobi Abah Mifzal. Semangat Abah Mifzal berkebun di rumah baru kami. Hari-hari duk fikir, nak tanam pokok apa. Semestinya pokok yang membuahkan hasil. Kalau setakat pokok hiasan, boleh tengok sajalah kan. Laman rumah pun tak adalah besar sangat, jadi tak banyak pun pokok atau tanaman yang boleh ditanam. Namun, untuk permulaan ini, pokok-pokok yang kami baru tanam adalah seperti pokok mangga epal, longan, limau, betik dan pisang emas.

berkebun

Pokok Mangga Epal, Limau Kasturi dan Longan

Bila dah tanam pokok ni, tak sabar pula nak makan hasilnya…haha..lambat lagi tu. Sayur-sayur pun ada juga kami tanam. Sayur-sayuran terpilih. Yang selalu digunakan dalam masakan seperti cili padi, cili merah besar, serai, dan kucai. Dalm gambar tu, ada pasu yang kecil kan.. itu yang Mifzal Arsyad tanam. Mula-mula katanya hendak tanam kacang peas..hehe..mana ibu nak cari benih..lepas dipujuk, katanya hendak tanam cili. Hehe.

BACA INI : Hobi Lama

Kebun Kami

tanam pokok betik

Betik

tanam pokok pisang emas

Pisang Emas

Berkebun Mini

Kebun mini kami masih belum lengkap. Rasa macam banyak je pokok n sayur nak tanam. tapi memandangkan keluasan yang terhad, terpaksalah tanam pokok yang perlu. Pokok hiasan seperti bunga buat masa ini bukan keutamaan kami lagi. Lagi pun ibu bukan peminat pokok hiasan..hehe..kami hias dengan pokok buah dan sayur je lah..hehe

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


3 Responses

  1. Lovely Suri berkata:

    Jauh lagi nak merasa mangga epal dgn longan tu. Tapi bila dah berbuah, senyum je sbb dah dpt tengok hasil.

    Tak teringin ke nak tanam pokok tin? Ni pokok yg agak trend nya popular skrg ni. Suri dah try tanam, tapi sayangnya, pokok dah mati huhu..
    Jom baca entri di blog Lovely Suri : Adakah Anda Buat 5 Silap Ini Dengan Jamu Ketika Berpantang?My Profile

  2. Aniey Yusoff berkata:

    terbaik! bestnya berkebun…tapi saya berkebun dalam pasu je la maklum la kt bandar tanah xde..jd la kebun bandar hihi..
    Jom baca entri di blog Aniey Yusoff : Resepi Puding Jagung Kastard Yang Mudah Dan Senang Hanya 3 LangkahMy Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge