Site icon Blog Ibu Mifzal

Berkebun!

Ini bukan hobi ibu ya, tapi hobi Abah Mifzal. Semangat Abah Mifzal berkebun di rumah baru kami. Hari-hari duk fikir, nak tanam pokok apa. Semestinya pokok yang membuahkan hasil. Kalau setakat pokok hiasan, boleh tengok sajalah kan. Laman rumah pun tak adalah besar sangat, jadi tak banyak pun pokok atau tanaman yang boleh ditanam. Namun, untuk permulaan ini, pokok-pokok yang kami baru tanam adalah seperti pokok mangga epal, longan, limau, betik dan pisang emas.

Pokok Mangga Epal, Limau Kasturi dan Longan

Bila dah tanam pokok ni, tak sabar pula nak makan hasilnya…haha..lambat lagi tu. Sayur-sayur pun ada juga kami tanam. Sayur-sayuran terpilih. Yang selalu digunakan dalam masakan seperti cili padi, cili merah besar, serai, dan kucai. Dalm gambar tu, ada pasu yang kecil kan.. itu yang Mifzal Arsyad tanam. Mula-mula katanya hendak tanam kacang peas..hehe..mana ibu nak cari benih..lepas dipujuk, katanya hendak tanam cili. Hehe.

BACA INI : Hobi Lama

Kebun Kami

Betik
Pisang Emas

Berkebun Mini

Kebun mini kami masih belum lengkap. Rasa macam banyak je pokok n sayur nak tanam. tapi memandangkan keluasan yang terhad, terpaksalah tanam pokok yang perlu. Pokok hiasan seperti bunga buat masa ini bukan keutamaan kami lagi. Lagi pun ibu bukan peminat pokok hiasan..hehe..kami hias dengan pokok buah dan sayur je lah..hehe

 941 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version