Bayaran Pertama Dari Infolinks

Pagi tadi, ibu menerima email daripada Infolinks bertajuk “Infolinks, Inc. sent you $57.35 USD“. Wah! ini adalah bayaran pertama dari Infolinks. Dari mood agak moody terus bertukar menjadi gembira. Moody tu, sebab pagi ini ibu terpaksa bertugas di luar pejabat menggantikan kawan ibu yang bercuti kerana isteri bersalin. Lepas dapat email hati terus jadi berbunga-bunga.

Bayaran Pertama Dari Infolinks
Email buat hati jadi gembira.

Walaupun nilai ringgitnya bukan lah banyak tapi jikalau convert kepada Ringgit Malaysia dah jadi dalam RM170.00 lebih. Sapa nak bagikan. Syukur, bertambah lagi rezeki padabulan ini. Semalam sudah dapat cek daripada Nuffnang, Hari ni dapat payment dari Infolink pula. Bulan lepas pula dah dapat yang Google Adsense dan Nuffnang. Alhamdulillah, 😀

Bayaran Pertama Dari Infolinks Guna Akaun Paypal

Infolinks ini akan bayar menerusi akaun Paypal. Ibu pula memang tak biasa dengan Paypal. Ada saja akaun tak pandai nak guna. Sampai sekarang still unverified lagi akaun Paypal ibu. Nasib baik masih boleh guna walaupun belum verified. Bukan apa, sebenarnya dah  banyak kali  nak verified akaun Paypal ini dengan kad debit, tetapi masih tak boleh. Rasanya disebabkan  dulu masa ibu tukar kad debit baru tempoh hari, ibu dah setkan tak boleh guna untuk online transaction. Tapi tak tahu lah atas sebab ini ke atau atas sebab yang lain. Ah! tak kisahlah, mujur paypal boleh guna sahaja pun dah okay. Tetapi ada limit lah kalau belum verified akaun. Ala, bukan nak transfer fund banyak pun kan. Hehe.

Actually, 1st payment ini sebenarnya hasil kumpulan earning daripafa bulan November 2011 hingga Februari 2012. Hehe, 4 bulan baru lepas USD50. Aduh, tak mengapa. Dapat juga cashout akhirnya.

 691 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*