Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Baru Online!!


Belum terlambat lagi rasanya, untuk ibu ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat  kawan-kawan semua yang sudi menjengah dan membaca blog ibu ini. Masih dalah mood raya dan kerana raya juga lah blog ini sunyi. Ini, ibu ada kesempatan untuk baru online blog.

Baru Online

Baru dapat online

Selama seminggu bloh ini sunyi sepi. Raya cuti seminggu, blog pun cuti seminggu juga. Hehe. Sungguh, memang ibu tidak sempat hendak update blog kesayangan ini. Perancangan, sebelum balik kampung untuk beraya tempoh hari, ada juga terdetik di hati. “Eh! balik kampung ini  boleh lah update blog selalu”, Kononnya, ibu sudah ada broadband. Senang lah nanti kerana tidak perlu lagi berebut untuk pakai broadband adik.

Tetapi, malang sekali, rupa-rupanya broadband ibu pula yang kena rebut. Hehe, adik ibu pula yang lupa bawa broadband dia balik kampung. Jadi, adik-adik yang lain pun pakat guna broadband ibu lah sampai habis qouta. Aduhai. Hehe. Tapi, walaupun dah kehabisan kouta tetap masih boleh guna untuk online. Cuma, jadi agak lembap untuk loading kerana kelajuannya telah dikurangkan.

Setelah bercuti lebih seminggu di kampung halaman ibu di Kelantan, ibu dan keluarga kecil ibu selamat sampai kembali ke bumi Perak pada hari semalam. Alhamdulillah, perjalanan pulang kami dipermudahkan dan selamat sampai. Berat hati sebenarnya, hendak kembali ke sini. Masih belum puas beraya dan bercuti di kampung. Belum cukup menghabiskan masa dengan mak, ayah dan adik-beradik. Ya lah, ada yang jumpa hanya setahun sekali. Tetapi, kerana tuntutan kerja, kena lah kembali ke sarang. Hehe. Mood berkerja pun masih suam-suam kuku. Masih dalam mood raya. Wah! pasti banyak nanti jemputan rumah dan pejabat terbuka. Hehe.

Bila Baru Online

Bila baru online ini, baru boleh bercerita tentang kisah raya. Tetapi sedihnya, cerita raya tak banyak dapat dirakamkan dengan gambar kerana ibu tertinggal kamera ibu sebelum balik cuti beraya. Banyak gambar diambil menggunakan kamera handphone Abah Mifzal. Mujur juga, kamera handphone Abah Mifzal pixelnya 12.1 mega. Cantik kualiti gambarnya namun tidaklah banyak dapat ambil gambarnya. Al-maklumlah bukan kamera handphone ibu. Jarang ada ditangan. Orang lelaki pula bukan jenis suka bergambar kan? Hehe.

Jadi, ibu pun tak dapat nak kongsikan gambar-gambar kami beraya buat kenangan di blog ini. Nanti lah ada masa, ibu godek-godek handphone Abah Mifzal, itu pun kalau rajin. Hehe.

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


3 Responses

  1. ardinihumaira berkata:

    😉 nanti cite raya tau.. dni nak buat secial entry , hehe

  2. mamashasha berkata:

    ainey, welcome back !! standard la pas cuti panjang keje melambak tu…aku pun gitula nnt…dok lama2 kat kampung ni nikmatnya tak terkata….best je…kejap2 makan…kejap2 minum…hehe

  3. mama zharfan berkata:

    selamat hari raya 🙂

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge