Kali ini, ibu nak cerita fasal banjir. Al-kisah, minggu lepas ibu pulang ke kampung halaman ibu di Kelantan. Pulang berdua sahaja dengan Mifzal kerana Abah Mifzal ke Mekah, Saudi Arabia untuk menunaikan ibadah Umrah selama 2 minggu bersama ahli keluarga mentua ibu yang lain. Semoga Abah Mifzal dan ahli keluarga yang lain dapat menunaikan ibadah umrah dengan sempurna dan kembali ke Malaysia dengan selamat. Aamiinn.
Berdua memandu bersama Mifzal buat hati ibu berdebar juga, al-maklumlah jalan raya timur-barat tu tinggi dan berliku-liku. Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik kami selamat dan dipermudahkan. Ibu sebenarnya tak sangka, kepulangan ibu ke kampung kali ini bertembung dengan banjir. Sebab rasanya, dah lama rumah kat kampung tak dinaiki air. Mujur hanya air hujan bukan air sungai. Risau juga kalau air sungai yang melimpah. Boleh jadi banjir besar nanti. Nauzubillah, minta dijauhkan.
Air Hujan Bertakung Penyebab Banjir
Air hujan di luar rumah bertakung sehingga paras peha manakala di bahagian dapur rumah turut dinaiki air sehingga paras betis. 2 hari juga lah tak boleh ke mana-mana. Geli dan takut pula nak mengharungi air hujan yang ada lintah di dalamnya. 2 hari juga lah menahan sakit perut tak dapat membuang kerana tandas dah dipenuhi air. Mujur tak lama. Masuk hari ketiga, air mulai surut.
BACA INI : Gambar Banjir Kilat Di IOI Mall Puchong
Bila air dah surut, tugas membersih rumah – bahagian dapur dan tandas menanti. Mujur ramai adik beradik ibu ikut pulang ke kampung, boleh lah sama-sama membantu.
1,692 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
ooo abah Mifzal g Mekah ye.. uols x folow ?
sibbaik ms uols pi ok lg.. ni skng ni dh darurat .. risau dan sian kt mangsa2 banjir
x pi..tu la..mujur aku balik awal sket.. jalan gerik jeli dekat titiwangsa x leh lalu dah..runtuh..huhu