Tarikh Bayaran Imbuhan Tahunan & Bayaran Khas Prestasi Tahun 2014


UPDATE (5 Jan 2015) : Bayaran Imbuhan Tahunan & Bayaran Prestasi 2014 telah diawalkan kepada 15 Januari 2015

Bonus oh bonus. Khusus bagi kakitangan awam, bayaran imbuhan tahunan @ bonus dan bayaran khas prestasi akan dibuat pada 22 Januari 2015 bersamaan dengan gaji bulan Januari 2015 seperti mana yang tercatit di dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh JPA.

Bayaran Imbuhan Tahunan

Pekeliling.

Lambat juga nih menunggu dapat bonus ni. Lagi sebulan. Gaji bulan Disember 2014 pun dah nak abih dah. Huhu. Kelengkapan anak sekolah kena disediakan. Mifzal akan memulakan sesi persekolahan tahun 1 pada tahun 2015 ini. Banyak juga kelengkapan sekolah yang perlu disediakan.

BACA INI : Bila Bonus 2012 Dibayar?

Bayaran Imbuhan Tahunan Masuk Lambat

Sebab dah maklum bonus 2014 masuk agak lambat jadi ibu dan abah merancang untuk tidak membeli sekali gus barang-barang kelengkapan sekolah Mifzal. Bulan lepas dah beli dah 1 set pakaian dan kasut, bulan ini beli lagi 1 set dan bulan depan lagi 1 set. Itu belum masuk kelengkapan seperti buku-buku dan alat tulis lagi. Banyak juga ni. Huhu. Baru lah sekarang ibu rasa macam mana pening ibu bapa nak sediakan kelengkapan anak-anak sekolah kan. Anak ibu baru seorang. Kalau 2-3 orang macam mana lah ya. Hmm.

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge