Sekolah Cuti Ganti Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017

Baru-baru ini Datuk Seri Mahadzir Khalid selaku Menteri Pendidikan Malaysia mengumumkan tarikh 23 Jun 2017 (Jumaat) dijadikan cuti ganti sempena Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017M. Sesi persekolahan pada tarik tersebut akan diganti pada 17 Jun 2017 (Sabtu). Ini hanya terpakai untuk sekolah-sekolah di dalam kumpulan B iaitu bagi negeri-negeri seperti Perlis, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Negeri Sembila, Pahang, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak.

banner cuti ganti sempena Hari Raya Aidilfitri
Selamat Bercuti

Bagi negeri-negeri  seperti Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu (Kumpulan A), tarikh 23 Jun 2017 adalah merupakan hari cuti umum dan cuti persekolahan sempena hari raya juga bermula pada tarikh tersebut. Ini adalah untuk memudahkan para murid dan guru untuk pulang berhari raya di kampung halaman dan mengelakkan kesesakan lalu lintas. Sudah pasti bermula 24 Jun 2017, rakyat Malaysia akan mula berpusu-pusu untuk pulang berhari raya di destinasi masing-masing.

BACA INI : Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Lebuhraya PLUS sempena cuti Aidilfitri dan Kemerdekaan 2012

Mohon Awal Cuti Ganti Sempena Hari Raya Aidilfitri

Bagi ibu sekeluarga pula. kami turut merasa lega kerana dapat bercuti awal. Tapi cuma Mifzal dan Abah Mifzal sahaja lah. Ibu tetap kena mohon cuti awal juga…hehe. Untung jadi cikgu kan..boleh cuti awal dan lama. Ibu pula merancang untuk mengambil cuti raya sebanyak 2-3 hari sahaja. Jika ditambah dengan cuti hujung minggu dan raya, jadi seminggu juga cuti..hooray…

Hari ini dah masuk hari ke 15 kita berpuasa. Wah!! sekejapan je masa berlalu. Macam mana dengan persiapan hari raya? Dah settle ke? Huhu ibu dan keluarga belum lagi. Tema raya pun belum decide lagi..haha. Nak juga ada tema raya tu. Apa-apa pun semoga kita semua dipermudahkan urusan di dalam menjalani ibadah puasa. Aamiin…

 2,734 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*