Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Lebuhraya PLUS sempena cuti Aidilfitri dan Kemerdekaan 2012


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

PLUS telah mengeluarkan jadual cadangan waktu perjalanan untuk pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan Aidlfitri dan kemerdekaan bagi tahun ini. Ini adalah untuk memudahkan para pengguna lebuhraya PLUS untuk merancang hari dan waktu perjalanan pulang berhari raya nanti.

TTA-Raya-2012-BI-baru

PETALING JAYA: PLUS Expressways Bhd (PLUS) memperkenalkan jadual perjalanan dengan membahagikan kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil dan genap bagi melancarkan perjalanan di lebuh raya sempena musim cuti Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abdul Hamid, berkata langkah itu bertujuan memisahkan kumpulan pengguna lebuh raya dari utara dan selatan termasuk mereka ingin pulang berhari raya pada saat-saat akhir menuju ke Lembah Klang dari 1 hingga 4 September ini. “Pengguna lebuh raya dari utara dan selatan yang akan kembali ke ibu kota pada 1 hingga 4 September dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam genap sebelum 12 tengah hari iaitu 8 pagi dan 10 pagi bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor genap.

Baca berita selanjutnya di SINI

Kengkawan dah rancang ke nak balik kampung bila? ibu dah set dah tarikh nak balik pada hari apa. alahai, mesti banyak keeta atas jalan raya ni. raya kali ni ramai org ambil cuti lama kan. ibu pun seminggu cuti. rasanya bukan orang islam je yg pulang beraya ni. kaum lain pun sama ambil peluang  cuti  raya ni utk jumpa sanak keluarga di kampung.

ps : Ibu sebenarnya dah rancang nak bertolak awal pagi, sebab kalau boleh tak nak la sampai malam ke kampung, almaklumlah kampung jauh. Sama-sama doakan perjalanan pergi dan balik selamat ya. Hati-hati ketika memandu semua 🙂

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


9 Responses

  1. Hafizul berkata:

    lewatnya sy baca entri ni…warga kota dah pulang ke tempat masing2 dah..hehe..tak apa la maybe jadi informasi pada yang memerlukan..
    Jom baca entri di blog Hafizul : 10 entri terbaik DenaihatiMy Profile

  2. budak felda berkata:

    hehehehe ikut tak ikut sama je jem nyer nie..:)
    Jom baca entri di blog budak felda : Amalam DiHari RayaMy Profile

  3. Blog Asyraf berkata:

    Baguslah kalau ada jadual..mudah..hehe
    Jom baca entri di blog Blog Asyraf : Apabila Van Persie Ke Manchester United, Semua Jersi Tertera Namanya DibakarMy Profile

  4. Jebeng Otai™ berkata:

    bgus kalo ikut jadual ni..leh kurgkan jem..hehe
    Jom baca entri di blog Jebeng Otai™ : Seksyen 114A : Bantah atau sokong?My Profile

  5. puanbee berkata:

    Malas ikut jadual ahakss… ada masa lapang kerja semua dah habis balik je le ..tunggu2 apa lagi ..
    Jom baca entri di blog puanbee : Kasut budak comel-comelMy Profile

    • Ibu Mifzal Arsyad™ berkata:

      Memang pun..sbnrnya x de ikut pun… Akak mmg akan mulakan perjalanan pd waktu pg memandangkan kena drive jauh.. Kalau bertolak tengahari..mau malam br sampai…

  1. 9 Mac 2019

    […] BACA INI : Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Lebuhraya PLUS sempena cuti Aidilfitri dan Kemerdekaan 2… […]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge