Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Sekolah Cuti Ganti Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017


Baru-baru ini Datuk Seri Mahadzir Khalid selaku Menteri Pendidikan Malaysia mengumumkan tarikh 23 Jun 2017 (Jumaat) dijadikan cuti ganti sempena Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017M. Sesi persekolahan pada tarik tersebut akan diganti pada 17 Jun 2017 (Sabtu). Ini hanya terpakai untuk sekolah-sekolah di dalam kumpulan B iaitu bagi negeri-negeri seperti Perlis, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Negeri Sembila, Pahang, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak.

banner cuti ganti sempena Hari Raya Aidilfitri

Selamat Bercuti

Bagi negeri-negeri  seperti Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu (Kumpulan A), tarikh 23 Jun 2017 adalah merupakan hari cuti umum dan cuti persekolahan sempena hari raya juga bermula pada tarikh tersebut. Ini adalah untuk memudahkan para murid dan guru untuk pulang berhari raya di kampung halaman dan mengelakkan kesesakan lalu lintas. Sudah pasti bermula 24 Jun 2017, rakyat Malaysia akan mula berpusu-pusu untuk pulang berhari raya di destinasi masing-masing.

BACA INI : Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Lebuhraya PLUS sempena cuti Aidilfitri dan Kemerdekaan 2012

Mohon Awal Cuti Ganti Sempena Hari Raya Aidilfitri

Bagi ibu sekeluarga pula. kami turut merasa lega kerana dapat bercuti awal. Tapi cuma Mifzal dan Abah Mifzal sahaja lah. Ibu tetap kena mohon cuti awal juga…hehe. Untung jadi cikgu kan..boleh cuti awal dan lama. Ibu pula merancang untuk mengambil cuti raya sebanyak 2-3 hari sahaja. Jika ditambah dengan cuti hujung minggu dan raya, jadi seminggu juga cuti..hooray…

Hari ini dah masuk hari ke 15 kita berpuasa. Wah!! sekejapan je masa berlalu. Macam mana dengan persiapan hari raya? Dah settle ke? Huhu ibu dan keluarga belum lagi. Tema raya pun belum decide lagi..haha. Nak juga ada tema raya tu. Apa-apa pun semoga kita semua dipermudahkan urusan di dalam menjalani ibadah puasa. Aamiin…

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


8 Responses

  1. Ksjb berkata:

    Selamat hari raya Aidilfitri 1439 Hijrah. Dah masuk tahun 2018 Masihi ni tahun depan 2019 lak.
    Jom baca entri di blog Ksjb : Berniaga di Hari Raya Aidilfitri 1439My Profile

  2. Khairul Zamri berkata:

    Sekejap betul masa berlalu rasa baru sahaja lepas beraya kini nak raya Haji pulak
    Jom baca entri di blog Khairul Zamri : 8 Cara Untuk Positif Di Tempat KerjaMy Profile

  3. ajumohit berkata:

    Selamat hari raya ainey dan keluarga
    Jom baca entri di blog ajumohit : Salam Aidilfitri 1438 HijrahMy Profile

  4. Ikhwan berkata:

    Dapat info awal tak mengapa, mudah nak buat persiapan 🙂
    Jom baca entri di blog Ikhwan : Ambilan Separa Perubatan U29 TerkiniMy Profile

  5. Ibu Zaid berkata:

    Ibu memang lega bila dapat berita sekolah cuti hari jumaat tu

    Tak ada lah sesak sangat jalan nanti kan
    Jom baca entri di blog Ibu Zaid : Diet Untuk Ibu Mengandung Kencing Manis. Sedap & Gula Terkawal!My Profile

  6. Mama Hakim berkata:

    Selamat bercuti kepada ibu mifzal

    Mama doakan selamat sampai ke kampung
    Jom baca entri di blog Mama Hakim : Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari KlangMy Profile

  7. mrhanafi berkata:

    saya tak cuti sebab tak kerja makan gaji..

    namun pengalaman bekerja dan bercuti masa raya dah saya alami sepanjang 20 tahun yang lepas..
    Jom baca entri di blog mrhanafi : Review Novel Sunan Nanggroe Sang KembaraMy Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge