Site icon Blog Ibu Mifzal

Kisah Rumah Kami Lagi

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari Sabtu lepas, dapat panggilan daripada pemaju rumah yang kami dah booking since 2010 untuk set kan appointment pada petang hari Isnin lepas. Dan, Abah Mifzal sahaja yang pergi jumpa pemaju rumah tu sebab ibu masih dalam waktu berkerja.

Ibu ingatkan untuk uruskan hal pinjaman perumahan yang masih belum settled dek kerana kesilapan teknikal si pemaju…namun tekaan ibu meleset. Rumah dan tanah bernombor 29 berkeluasan 70′ x 80′ yang ditempah mempunyai masalah status tanah dan menurut pemaju, amat sukar untuk menguruskan pembelian melalui pinjaman perumahan kerajaan. Jika kami masih inginkan rumah tersebut, kami perlu wajib menggunakan pinjaman bank.

Sebagai penjawat awam, sememangnya pinjaman perumahan kerajaan menjadi pilihan kami. Penyelesaiannya, kami diberi pilihan untuk memilih lot rumah yang lain yang keluasan tanahnya cuma 45′ x 80′ dan dengan harga yang lebih murah. Diskaun RM5000.00 juga diberikan kepada kami jika kami bersetuju dengan cara penyelesaian tersebut.

Tidak mahu serabutkan kepala, sebab kami juga kurang arif dengan masalah pembelian rumah maka ibu dan Abah Mifzal bersetuju dengan cadangan pihak pemaju. Dijanjikan rumah tersebut akan siap pada 2013 nanti.

Bila difikir-fikirkan semula, benarkah masalah status tanah yang menyusahkan procedure pinjaman perumahan kerajaan? Atau sebenarnya pemaju sudah mempunyai pembeli baru yang menawarkan harga yang lebih tinggi?

Rumah corner lot yang asal kami tempah tu kalau ikut kan memang luas..boleh tambah sebuah rumah lagi. Dengan penukaran lot rumah yang lebih kecil (standard) maka berkecailah angan-angan kami nak bina taman, kolam ikan dan mini swimming pool bila rumah siap nanti 🙁  kalau dapat buat pun hanya dengan saiz yang lebih kecil.

ps : sedih la pula rasa..alahai rumah kami.

Posted from My Samsung Galaxy Note

 1,172 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version