Kisah Rumah Kami Lagi


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari Sabtu lepas, dapat panggilan daripada pemaju rumah yang kami dah booking since 2010 untuk set kan appointment pada petang hari Isnin lepas. Dan, Abah Mifzal sahaja yang pergi jumpa pemaju rumah tu sebab ibu masih dalam waktu berkerja.

Rumah Kami

Ibu ingatkan untuk uruskan hal pinjaman perumahan yang masih belum settled dek kerana kesilapan teknikal si pemaju…namun tekaan ibu meleset. Rumah dan tanah bernombor 29 berkeluasan 70′ x 80′ yang ditempah mempunyai masalah status tanah dan menurut pemaju, amat sukar untuk menguruskan pembelian melalui pinjaman perumahan kerajaan. Jika kami masih inginkan rumah tersebut, kami perlu wajib menggunakan pinjaman bank.

Sebagai penjawat awam, sememangnya pinjaman perumahan kerajaan menjadi pilihan kami. Penyelesaiannya, kami diberi pilihan untuk memilih lot rumah yang lain yang keluasan tanahnya cuma 45′ x 80′ dan dengan harga yang lebih murah. Diskaun RM5000.00 juga diberikan kepada kami jika kami bersetuju dengan cara penyelesaian tersebut.

Tidak mahu serabutkan kepala, sebab kami juga kurang arif dengan masalah pembelian rumah maka ibu dan Abah Mifzal bersetuju dengan cadangan pihak pemaju. Dijanjikan rumah tersebut akan siap pada 2013 nanti.

Bila difikir-fikirkan semula, benarkah masalah status tanah yang menyusahkan procedure pinjaman perumahan kerajaan? Atau sebenarnya pemaju sudah mempunyai pembeli baru yang menawarkan harga yang lebih tinggi?

Rumah corner lot yang asal kami tempah tu kalau ikut kan memang luas..boleh tambah sebuah rumah lagi. Dengan penukaran lot rumah yang lebih kecil (standard) maka berkecailah angan-angan kami nak bina taman, kolam ikan dan mini swimming pool bila rumah siap nanti 🙁  kalau dapat buat pun hanya dengan saiz yang lebih kecil.

ps : sedih la pula rasa..alahai rumah kami.

Posted from My Samsung Galaxy Note

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


17 Responses

  1. inuza berkata:

    ibu kalau ade yg tbaru lg bab rumah kt bidor or tapah..ibu post la awal2 kt saya dan bgtau dhn hrga nya skali mhal sgt pn x mmpu

  2. Jebeng Otai™ berkata:

    mcm x logik lak..mksd status tanah tu mcmane ya?..
    Jom baca entri di blog Jebeng Otai™ : Wordless Wednesday : Apa kes?My Profile

    • hmm…status tanah atau mungkin lebih sesuai status milikan tanah tu adalah milikan sementera (pajak 99 tahun). sepatutnya rumah dalam pembinaan (pemaju), status milikan tanah itu atas nama pemaju bukan nama pembeli..dlm kes kami ni..status milikan tanah tu telah ditukar kepada nama pembeli..iaitu nama sy dan suami. sebab tu permohonan pinjaman jenis kedua kami (rumah dalam pembinaan) di reject kerana salah jenis pinjaman..

      x logik kan alasan pemaju bila difikirkan balik..huhu..tp sayang nak lepaskan rumah sebegitu..mana nak dpt rumah lot dengan ada laman sekeliling skang ni..kebanyakkan skang rumah teres..x gemar bila kena berkongsi dinding ni..huhu

  3. Hafizul berkata:

    Emm best arr ibu dapat rumah…tapi tak best tak leh buat taman impian la nanti..hehe..tak pa ibu buat yang kecil jer..2’x2′ pun ok jugak taman tu…hahahahaha..tahniah sebab tak lama dah nak naik rumah baru..hehe
    Jom baca entri di blog Hafizul : Pengalaman Membina Pondok KecilMy Profile

  4. puanbee berkata:

    rumah corner lot berebut2 orang nak ibu , saja je kot… apesal rumah biasa boleh pulak ?
    Jom baca entri di blog puanbee : Perigi Tujuh Serendah dan Perkampungan Orang AsliMy Profile

  5. lewisdotmy berkata:

    takpe, mungkin rumah baru nanti ada idea lain yang boleh dibuat
    Jom baca entri di blog lewisdotmy : iPhone 5 Dilancarkan 12 September 2012My Profile

  6. irsah berkata:

    Banyakfaktor harus dipertimbangkan Ibu.. harap dapat diuruskan dengan lebih mudah…
    Jom baca entri di blog irsah : Perolehan Trafik RM Blog Dengan Google Analytics MudahMy Profile

  7. Cikgu Hairul berkata:

    Urusan rumah memang rumit. Lagi-lagi kalau ada yang cuba menyembunyikan sesuatu dari kita.
    Jom baca entri di blog Cikgu Hairul : Semua anggota badan nak bercakapMy Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge